Header Ads

ads header

Flash News

3 dalam 1 kenderaan kini dibenarkan


PETALING JAYA:
Pemandu kereta persendirian kini dibenarkan membawa dua penumpang, dalam kelonggaran terbaru untuk kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sebelum ini, pemandu hanya dibenarkan membawa 1 penumpang. Peraturan itu  mengundang pelbagai kritikan orang ramai.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob akur peraturan mengehadkan 2 orang dalam satu kereta menyulitkan mereka yang mempunyai anak kecil atau terpaksa menguruskan ibu bapa yang sakit.

“Kadang-kadang agak sukar untuk polis gunakan budi bicara ini. Ada banyak rungutan atau pandangan supaya beri sedikit kelonggaran,” kata beliau  pada sidang media hari ini.

Kelonggaran itu sebelum ini hanya diberikan kepada kenderaan e-panggilan dan teksi.

Ismail berkata kelonggaran ini berkuatkuasa serta-merta, manakala bagi budi bicara polis akan terpakai bagi penumpang lebih daripada 2 orang.

“Sebagai contoh perlu bawa ibu dan bapa ke klinik kesihatan atau hospital, atau suami dan isteri perlu bawa anak-anak mereka yang masih kecil sekali, yang memang masih tidak sesuai untuk ditinggalkan bersendiri,” katanya.

Sementara itu, Ismail mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Labuan akan dilanjutkan sehingga 6 Dis.

Sehingga 12 Nov, masih terdapat pertambahan 35 kes positif baharu, menjadikan jumlah keseluruhan sehingga kini 1,135 kes.

“PKPB perlu dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19, ia juga akan memberi ruang kepada petugas kesihatan KKM untuk menjalankan pengesanan kes aktif di kawasan bersasar ini,” katanya.

Pada masa sama, kawalan ketat di Kampung Haji Baki di Kuching, Sarawak akan ditamatkan lebih awal, berdasarkan kepada penerangan Kementerian Kesihatan.

“Sehingga 12 Nov, semua keputusan ujian saringan makmal diperolehi dan tidak ada lagi kes positif baru dikesan sejak 7 hari lalu,” katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan