Header Ads

ads header

Flash News

Polis tahan semula 25 ahli geng ‘TCB 21’


KUALA LUMPUR:
Polis menahan semula 25 ahli geng ‘TCB 21’ disyaki terlibat dalam pelbagai jenayah serius sekitar Banting dan Dengkil, Selangor mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 semalam, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed.

Beliau berkata, dalam operasi pada 13 dan 14 Okt lepas, 29 anggota kumpulan jenayah terancang itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan serta Bab VIB Jenayah Terancang Kanun Keseksaan, kerana dipercayai terlibat dengan kes tembak ahli perniagaan dan pengawal peribadinya di Banting, pada 25 Sept.

“Siasatan ketika itu turut dilakukan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang membenarkan mereka ditahan selama 28 hari.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara, namun keterangan yang ada tidak mencukupi untuk mendakwa mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya penahanan semula itu dilakukan bagi memastikan keamanan dan ketenteraman awam dapat dikekalkan dan aktiviti kumpulan itu dapat dibanteras sepenuhnya.

“Siasatan mendapati geng TCB 21 adalah pertubuhan kongsi gelap haram yang aktif melakukan jenayah serius seperti cubaan bunuh menggunakan senjata api, merompak, melakukan khianat dengan api, pemerasan dan lain-lain,” katanya.

Pada 25 Sept lepas, dilaporkan seorang ahli perniagaan dan pengawal peribadinya cedera akibat ditembak 2 suspek menaiki sebuah motosikal dalam kejadian di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan