6 kes termasuk petugas media positif Covid-19 di parlimen
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam kes positif Covid-19 dikesan hari ini merupakan individu yang bertugas di Parlimen.
Enam kes tersebut melibatkan seorang petugas media, seorang pembantu senator dan empat polis bantuan yang bertugas di parlimen.
“Hari ini kita dapat kesan seorang polis bantuan disahkan positif dan menerusi kontak rapat, tiga polis bantuan dan isterinya juga positif.
“Seorang lagi petugas media juga positif. Kita sedang menjalankan saringan kepada keluarga, tujuh daripada mereka, tetapi belum dapat keputusan.
“Pembantu senator juga positif. Kita dah kenal pasti 12 (kontak rapat), kita juga dan arahkan mereka untuk kuarantin,” kata Noor Hisham dalam sidang media harian Covid-19 di bangunan Kementerian Malaysia (KKM) di Putrajaya hari ini.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan