Header Ads

Header ADS

Anwar bidas Zafrul kaitkan gaji penjawat awam dengan sokongan belanjawan


Kenyataan menteri kewangan bahawa kerajaan tak dapat membayar gaji penjawat awam dan menjejaskan petugas barisan hadapan sekiranya belanjawan tidak diluluskan, disifatkan ketua pembangkang Anwar Ibrahim sebagai “berbaur ugutan”.

“Menteri Kewangan membayangkan sekiranya Belanjawan 2021 yang dibentang kerajaan Perikatan Nasional tidak diluluskan, maka ia tidak akan dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan akan mengesankan para petugas barisan hadapan yang berjuang memerangi Covid-19.

“Saya fikir ini satu kenyataan yang bersifat hambar dan berbaur ugutan serta sebahagian dari rencana untuk mengenepikan suara majoriti ahli parlimen.

“Saya yakin bahawa kita mampu mengemukakan belanjawan atau pindaan yang lebih baik untuk kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dia merujuk kenyataan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz itu yang dikeluarkannya semalam apabila disoal mengenai kemungkinan Dewan Rakyat tidak meluluskan Belanjawan 2021.

Bagaimanapun Tengku Zafrul turut menyatakan dia optimis belanjawan yang disifatkannya sebagai “dapat menolong negara” itu akan diluluskan, memandangkan tiada sebab untuk ia ditolak.

Ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di parlimen minggu lalu, Anwar berkata belanjawan itu belum pasti diluluskan dengan “cara mudah” dan hanya akan mendapat sokongan penuh sekiranya pindaan dibuat untuk “kebajikan rakyat”.

Kata ahli parlimen Port Dickson itu, belanjawan itu tidak menepati tuntutan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH), selain mempunyai unjuran tidak realistik dan tidak munasabah, seperti pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan perkembangan domestik yang disifatkan terlalu tinggi.

Anwar turut menyatakan peruntukan Belanjawan 2021 tidak sejajar dengan langkah kerajaan untuk menangani Covid-19, seperti dana peruntukan RM3 bilion bagi membeli vaksin Covid-19 yang menurutnya tidak jelas dalam belanjawan.

“Kita (pembangkang) hanya akan sokong belanjawan berhubung Covid-19 dan bukan hal lain,” tegas Anwar dalam sesi perbahasannya.

Dalam kenyataannya hari ini, Anwar menegaskan sekali lagi bahawa soal emolumen penjawat awam, perbelanjaan mengurus terutamanya perbelanjaan untuk barisan hadapan serta kelengkapan perubatan dan kesihatan tetap dipertahankan.

Cuma, katanya, pembangkang menggesa agar belanjawan itu diteliti semula dan hanya akan menyokongnya sekiranya ia benar-benar untuk memerangi Covid-19.

“Saya ulangi gesaan untuk kerajaan teliti semula Belanjawan 2021. Pembangkang hanya mendukung sekiranya ia benar-benar belanjawan untuk memerangi Covid-19,” katanya lagi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. Abam manusia yg bermuka syaitan dan berhati Iblis.betul x tidak kamu seorang Peliwat itu Kamu dgn Allah, hakkat kaum nabiLut x msk Syurga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bang Non sedap menyalak je 22 tahun kosong,rata rata rakyat geli nak sokong abang ni,dengar nama pun dah geli

      Padam
  2. anwar sekutu dapig pankhianat sebenarnya TERKEJUT bila belanjawan besar diwujudkan.para MUNAFIKUN inilah mengugut dengan Dakwaan baki wang negara hanya tinggal RM450 juta selepas membentuk kjaan dengan pelbagai hutang,,,terpaksa meraih simpati rakyat dengan Hikayat tabung har...pan.Tokong2 ini juga menghina Penjawat Awam sebagai mati sandiwara ingin menghapuskan PENCEN Dan membuang penjawat awam utk diperkecilkan penjawatan...ANWARUN terus dengan sikap MUNAFIKUN bersama golongan FASIK dan KAFIRUN...kamilah pembela mandat rakyat...TAHNIAH rakyat yang telah mengundi kami dan kami balas dengan KHIANAT MANDAT MANIFESTO PRU 14.

    BalasPadam
  3. cakap sedap tapi habukpun tarak, 22 bln menanti janji minyak turunrm 1.50

    BalasPadam
  4. Ape yg anwar cakp semua x betul..kononnye macam baik sangat tpi anwarlah pengkhianat negara no satu..cakap.x.serupa bikin..klo anwar jadi pm waktu covid ni ape nasib rakyat n negara😬

    BalasPadam
  5. Bukan setakat gaji penjawat awam tak bolih bayar jika budget 2021, malah gaji dan elaun ahli parlimen /wakil rakyat pun sangkut. Bagi MP/wakil rakyat tidak kisah sebab mereka dah senang dan kaya. Namun bagi rakyat biasa terutamanya penjawat awam akan sengsara kerana tiada pendapatan. Wang tidak beredar dalam kitaran ekonomi negara.Pengurusan dan pembangunan negara pun terhenti kerana kewangan kerajaan tidak bolih digunakan selagi budget tidak lulus.
    ....sembang senang...guna air liur saja..hakikatnya tak sama apa yang dicakapkan..

    BalasPadam
  6. Kepada Haprak tegar Abam cuba senarai 5 kebaikan DS Berangan bermula 1998 hingga kini

    BalasPadam
  7. Anwar bin Ibrahim ni memang bastard punya manusia. Tolonglah jangan ambil dia jadi MP. Hancurkan lah dia ni dan famili dia ni. Buat susah penjawat awam sahaja. Waktu PH ramai penjawat awam kena downgrade, elaun kritikal dibekukan dan on call tak di bayar. Kerajaan PH adalah kerajaan yang paling bastard dalam sejarah. PH adalah kerajaan babi, kafir, sial, Munafik dan para penyokong PH adalah semua babi dan bastard.

    BalasPadam
  8. Anuar pkr berjuang utk perut peribadi mereka, buksn utk Agama bangsa...
    Keujudan pkr adalah utk kebebasqn anuar ibrahim bukan utk rakyat, bagsa dan agama...

    BalasPadam
  9. DSAI..hanya GAH pada nama SAJA ..sanggup untuk menipu dalam MENGEJAR CITA2 PERIBADINYA..sanggup buat apa saja walaupun MENGHURUARAKAN KESTABILAN POLITIK dan EKONOMI MALAYSIA...

    BalasPadam
  10. Adakah bang non berkokok memikirkan kepayahan rakyat tika pakatan hancing berkuasa 22 bulan...bang non hanya tau berkokok supaya dirinya di angkat jadi pm...sekarang bang non berkokok lagi ....phiiirah...

    BalasPadam
  11. https://www.thethirdforce.net/rupa-sebenar-annuar-musa-yang-dirahsiakan-selama-ini/

    BalasPadam
  12. https://www.thethirdforce.net/dakwaan-menteri-kewangan-palsu-gaji-penjawat-awam-boleh-dibayar-walaupun-belanjawan-ditolak/

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.