Header Ads

ads header

Flash News

Hari ini 1,208 kes, di Kuala Lumpur sahaja mengatasi Sabah



Sejumlah 1,208 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, dengan Kuala Lumpur mengatasi Sabah sebagai kawasan dengan jangkitan tertinggi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Kuala Lumpur mencatatkan 475 kes baru manakala Sabah dengan 381 kes baru.

Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 47,417 kes.

Sebahagian besar kes di Kuala Lumpur adalah daripada kluster Tapak Bina Damanlela iaitu sebanyak 460 kes.

Sementara itu, seramai 1,013 lagi pesakit sembuh, menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 34,785 kes, iaitu 73.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kes aktif pula setakat tengah hari ini adalah 12,323 kes.

Daripada jumlah itu, terdapat 104 kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 42 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat tiga pesakit Covid-19, termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, meninggal dunia hari ini, menjadikan angka korban setakat ini kepada 309 orang.

Berikut adalah perincian kes kematian yang dilaporkan hari ini:

Kes 45,459 - Kanak-kanak berusia lapan tahun yang dirawat di Hospital Tawau.

Kes 32,143 - Lelaki berusia 77 tahun yang dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Memiliki penyakit darah tinggi, jantung dan buah pinggang.

Kes 45,486 - Wanita berusia 63 tahun, juga dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Memiliki penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan