Adun Amanah lompat sertai PKR, tapi Ibupejabat Amanah Nafi
Adun Meru dari Amanah, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dispekulasikan meninggalkan partinya untuk menyertai PKR.
Fakhrulrazi dikatakan menyertai PKR pada September di bawah bahagian Petaling Jaya.
Bagaimanapun, sumber dari Amanah menegaskan bahawa Fakhrulrazi belum meninggalkan parti mereka secara rasmi.
"Kami mempunyai persefahaman di antara parti-parti Pakatan Harapan bahawa kami tidak akan menarik ahli dari parti rakan.
"Kepimpinan kami sedang berbincang dengan rakan-rakan PKR untuk menyelesaikannya," kata sumber Amanah yang meminta untuk tidak disebutkan namanya.
Ketika dihubungi, Fakhrulrazi enggan mengulas sama ada dia meninggalkan Amanah dan telah menyertai PKR atau tidak.
"Tidak ada komen dulu (buat masa ini)," katanya kepada Malaysiakini.
Percubaan untuk menghubungi Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution, yang bertanggungjawab berhubung keahlian parti, tidak berjaya.
Fakrulrazi, lahir pada tahun 1978, disabitkan dan didenda RM1,800 pada tahun 2016 kerana mengucapkan kata-kata hasutan semasa perhimpunan #KitaLawan pada tahun 2015.
Sebelum bergabung dengan Amanah pada akhir tahun 2015, beliau adalah bendahari Pemuda PAS.
Amanah memenangi sembilan kerusi di dewan perundangan Selangor semasa pilihan raya 2018.
Parti itu memecat Ahmad Mustain Othman, Adun Sabak, awal tahun ini.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Lompat xkemana sajee,,cari abgin baru jiwe ttp PAKATUN HAPRAK
BalasPadamPAN ditubuhkan utk hentam PAS bg pihak DAP,akan terus bernyawa selagi Abg Besar SAYANG
BalasPadamperjuangan kelaut.Usah cakap lebih.Jelas dan nyata hanya ikut telunjuk DAP.Jangan harap nak bela Islam.Maaf cakap
BalasPadamLompat dari tong tahi masuk tong air kencing...konsep rahmatan la tu kononnya
BalasPadam