Header Ads

ads header

Flash News

Bajet kena realistik dan boleh dicapai (achievable)


Buat Bajet ni kena realistik dan boleh dicapai (achievable). Macam PH buat Bajet 2020 pakai asas harga minyak USD62 se tong. Bila harga merudum ke paras USD25 se tong tahun ini, kerajaan hilang puluhan bilion dari segi penerimaan dividen Petronas dan Cukai Pendapatan Petroleum.

Tak ada lagi kerajaan dalam dunia yang bodo macam PH. Malah negara pengeluar utama yang boleh kawal harga minyak dunia macam Russia pun hanya letak asas USD40 se tong masa mereka buat bajet tahun lepas.

Sebab itu, bila orang tegur kerajaan PN hari ini janganlah melenting pula. Rakyat tegur sebab rakyat tak mahu masalah sama berulang.

Contohnya, apa asas untuk kerajaan unjurkan hasil cukai pendapatan individu naik sebanyak RM6.5 bilion dan cukai syarikat naik RM5.2 bilion tahun depan?

Ini amaun yang sangat besar. Sedangkan UOB Bank pun bulan lepas menjangkakan kadar pengangguran kekal tinggi antara 4.7% hingga 5% untuk bulan2 mendatang.

Kalau pengangguran kekal tinggi dan cukai pendapatan pula dicadang turun 1 mata tahun depan, nak naik hasil macammana?

Begitu juga dengan cukai syarikat. Kita tahu antara rayuan utama agar syarikat2 PKS dapat terus survive dalam suasana ekonomi hari ini adalah dengan pelepasan dan insentif cukai. Kalau semua insentif ini nak diberikan, macammana kutipan masih boleh naik lebih RM5 bilion?

Ini kita tak timbangkan lagi jika berlaku pula PKPB, PKPD atau darurat selagi mana keadaan kesihatan dan politik yang seolah kita semua tak boleh jangka pada tahun depan. Semua ini akan mempengaruhi hasil kerajaan.

Bila hasil kerajaan terganggu, maka rancangan pembangunan, bantuan, kebajikan, pendidikan, operasi semua akan terkesan sama.

Kalau kita mampu dapatkan unjuran yang kita buat, bagilah penjelasan yang munasabah. Kalau kita tak mampu, kita kena cakap tak mampu. Tak apa. Orang jujur ni siapa yang nak marah?

Defisit tinggi pun tak apa. Ini bukan zaman PH yang mana buat hutang tu dipandang macam dosa besar wajib masuk neraka (padahal dia buat hutang lagi banyak!). Hutang ini selagi mana mendatangkan manfaat dan boleh diuruskan maka ia adalah satu hutang yang baik.

Kalau kita baca rekod September 2020, hutang kita sekarang berada pada paras sekitar RM874.3 bilion atau 60.7% daripada KDNK. Jika betul, maka ia sudah melebihi had siling 60% yang dipinda pada Ogos baru-baru ini.

Jika perlu, pindalah semula kepada 80% pun. Biar ada buffer kepada kewangan negara. Apabila ekonomi pulih, maka kita turunkan semula.

Sama macam tahun 2009 bila kita naikkan defisit bajet untuk hadapi Global Recession. Lepas kita berjaya, kita turunkan ia perlahan-lahan pula.

Yang peruntukan JASA dan Penggerak Komuniti tu kerajaan fikir logik sendirilah. Saya tak nak komen banyak kali.

Takkan awak semua takde common sense musim-musim macam ni?

---
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan