Kuala Lumpur: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul
Aziz membentangkan Belanjawan 2021 di Bangunan Parlimen, hari ini.
Ia adalah Belanjawan pertama dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas pertukaran kerajaan pada Mac lalu.
Maklumat dikemaskini dari semasa ke semasa. Segar semula (refresh) untuk dapatkan maklumat terkini.
Tengku Zafrul membawa beg berisi teks ucapan dari bangunan
kementerian ke Parlimen pada 2.35 petang, diiringi Timbalan Menteri
Kewangan I Datuk Abd Rahim Bakri, Timbalan Menteri Kewangan II Mohd
Shahar Abdullah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Asri Hamidon.
TENGKU Zafrul melambai kepada pengamal media ketika menuju ke bangunan Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2021. FOTO BERNAMA
RM230j pembiayaan kepada PKS melalui PUNB bagi perbelanjaan modal
kerja, peningkatan sistem automasi dan peralatan serta perbelanjaan
berkaitan pelaksanaan pematuhan kepada SOP Covid-19
RM30 juta diperuntukkan untuk memperluas Program Kebun Komuniti
kepada komuniti separa bandar & luar bandar. Program ini
menyediakan peralatan seperti kit fertigasi dan media tanaman bernilai
sehingga RM500 setiap individu atau RM50,000 setiap komuniti.
Pas perjalanan bulanan tanpa had RM5 bagi pelajar tahun 1
hingga tingkatan 6 dan golongan OKU, membabitkan tren komuter Lembah
Klang, komuter utara, tren Kuala Lipis-Tumpat dan tren Sabah jajaran
Beaufort-Tenom.
RM300 juta diperuntukkan untuk meneruskan inisiatif pas
perjalanan tanpa had My30 dan meluaskan penggunaannya ke bandar Kuantan
dan Pulau Pinang.
Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah
milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama
bernilai sehingga RM500k mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025.
Pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih SSPN dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.
RM100 juta diperuntukkan untuk Skim BSN MyRinggit-i COMSIS
iaitu skim pinjaman komputer riba di bawah BSN untuk penuntut IPT yang
mendapat pinjaman PTPTN.
RM100 juta diperuntukkan untuk Skim BSN MyRinggit-i COMSIS:
skim pinjaman komputer riba di bawah BSN untuk penuntut IPT yang
mendapat pinjaman PTPTN.
Had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup dinaikkan kepada
RM3,000 dengan tambahan RM500 khusus bagi perbelanjaan berkaitan sukan
termasuk bayaran penyertaan pertandingan sukan
Had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup juga diluaskan untuk langganan surat khabar eletronik.
RM75 juta untuk Program eBelia: Kredit RM50 one-off ke dalam
akaun e-wallet mereka yang berumur 18-20 tahun untuk membudayakan
ekonomi tanpa tunai
Insentif kepada majikan swasta sebanyak RM1,000/bulan sehingga 3
bulan bagi setiap graduan baharu yang menyertai program perantisan.
Majikan juga boleh menuntut geran sehingga RM4,000 untuk program latihan
perantis
RM50 juta diperuntukkan bagi projek-projek pembaikan,
penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah-rumah ibadat di kawasan
Pihak Berkuasa Tempatan, merangkumi pelaksanaan program perpaduan.
RM10 juta diperuntukkan untuk program saringan kanser serviks
dan insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi
mendapat kanser payudara.
Kenaikan kadar elaun Guru Takmir kepada RM900 sebulan serta
bayaran RM500 'one-off' kepada Imam, bilal, siak, noja, merbut, Guru
takmir dan guru KAFA.
PNB akan memperkenalkan perkhidmatan wakaf kepada semua
pemegang unit amanah ASNB. Pemegang unit boleh mewakafkan sebahagian
unit ke dalam tabung wakaf ASNB dan layak mendapat potongan cukai
pendapatan.
Peruntukan RM1.4 bilion bagi hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memperkukuh pembangunan Islam.
RM510 juta disalurkan untuk pembiayaan kepada PKS dan PKS mikro
Bumiputera melalui TEKUN, PUNB dan Agrobank, RM800 juta melalui program
peningkatan keupayaan oleh BPMB dan SME Bank serta RM2 bilion bagi
membantu pembiayaan PKS Bumiputera melalui Skim Jaminan Pembiayaan
Perniagaan.
RM6.5 bilion diperuntukkan untuk akses pendidikan yang berkualiti kepada institusi Bumiputera seperti MARA dan UiTM.
Peruntukan RM6.5 bilion untuk pendidikan dan RM4.6 bilion untuk keusahawanan bumiputera
Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ke atas caruman PRS dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025
Pencarum KWSP dibenar untuk mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk
membeli produk insurans/takaful hayat dan penyakit kritikal yang
diluluskan oleh KWSP
RM1 bilion untuk program peningkatan kemahiran dan latihan semula (reskilling dan upskilling) bagi 200,000 pelatih.
PenjanaKerjaya: Kadar maksimum program latihan ditingkatkan
daripada RM4,000 kepada RM7,000 bagi program latihan kemahiran tinggi
atau sijil profesional.
PenjanaKerjaya: Insentif tambahan sebanyak 40% daripada gaji
pekerja disalur kepada majikan, dan 20% disalur terus kepada pekerja
tempatan yang menggantikan pekerja asing seperti dalam bidang pembinaan
dan perladangan
PenjanaKerjaya: Insentif tambahan sebanyak 20% daripada gaji
bulanan pekerja akan diberikan kepada majikan yang mengambil pekerja
OKU, penganggur jangka panjang, dan pekerja yang diberhentikan.
PenjanaKerjaya: Insentif untuk pekerja bergaji RM1,500 ke atas
dinaikkan kepada 40% daripada gaji bulanan (terhad kepada insentif
maksimum RM4,000/bulan)
RM2 bilion bagi inisiatif PenjanaKerjaya dan dijangka dapat menyediakan 200,000 peluang pekerjaan.
RM400 juta bagi membantu peneroka FELDA menghapus faedah hutang
kebun peneroka dan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil
baharu
Elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan kepada RM300 sebulan daripada RM250
Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP bersasar dari Akaun 1
sebanyak RM500/bulan untuk 12 bulan sehingga RM6,000 bagi ahli yang
kehilangan pekerjaan
Kadar caruman KWSP pekerja dikurangkan kepada 9% dari 11% mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan
Kadar cukai pendapatan bagi individu bermastautin diturunkan
sebanyak 1 mata peratusan bagi pendapatan bercukai RM50,001 hingga
RM70,000
Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan. Kadar
baru: RM150 seorang anak berumur 7 ke 18 tahun; RM200 seorang anak
berumur 6 tahun ke bawah; maksimum RM1,000 sekeluarga
Kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan kepada RM300 dari RM250.
Kadar Bantuan Warga Emas, Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan kepada RM500 dari RM350.
Kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan kepada RM450 dari RM400.
Kerajaan memperuntukkan RM25 juta bagi rawatan Peritoneal Dialysis di rumah untuk pesakit buah pinggang.
Program Baucar 50 Perlindungan Tenang untuk golongan B40, termasuk takaful hayat dan kemalangan diri diperkenalkan
Tempoh pengecualian duti setem produk Perlindungan Tenang dilanjutkan untuk tempoh 5 tahun lagi
Kerajaan memperluas perlindungan mySalam ke atas tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung atau prostesis
RM24 juta diperuntukkan untuk pengukuhan Program Kesihatan
Mental, Pencegahan Keganasan dan Kecederaan serta Penyalahgunaan
Substans.
Skop pelepasan cukai diluaskan kepada RM1,000 bagi rawatan
perubatan meliputi perbelanjaan vaksinasi bagi diri sendiri, pasangan
dan anak.Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan & anak juga dinaikkan kepada RM8,000 dari RM6,000
Kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian one-off RM500 setiap seorang bagi menghargai jasa 100,000 anggota barisan hadapan KKM
Pada 2020, kerajaan memperuntukkan RM1.8 bilion untuk
melaksanakan PKP, keperluan perkhidmatan kesihatan awam berkaitan
Covid-19. Bagi Belanjawan 2021, kerajaan memeperuntukkan tambahan RM1
bilion dalam untuk membendung gelombang ketiga Covid-19
Belanjawan 2021 mempunyai tiga matlamat utama iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.
Tengku Zafrul mula pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen pada 4.23 petang.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun membenarkan
semua Ahli Parlimen memasuki Dewan Rakyat untuk pembentangan Belanjawan
2021 untuk memberi peluang mendengar pembentangan.
Apa-apa yang tersiar didalam blog ini adalah pendapat penulis/pengirim dan tidak semestinya mewakili pandangan dan pemdapat kami pengendali blog ini.Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa tulisan dan komen penulisa/pembaca. Semuanya adalah pandangan peribadi penulis/pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami pengendali blog ini.
Tiada ulasan