Header Ads

ads header

Flash News

RM50.4 bilion untuk pendidikan


PETALING JAYA:
Belanjawan 2021 dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Bertemakan “Teguh kita, menang bersama” Belanjawan 2021 merupakan belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk Mac lalu.

Menurut Bernama dan Reuters, RM322.5 bilion diperuntukkan tahun ini, kira-kira RM25.5 bilion lebih banyak daripada Belanjawan 2020 yang berjumlah RM297 bilion.

Kira-kira RM236.5 bilion (73.3%) diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi, RM69 bilion (21.4%) untuk pembangunan dan RM17 bilion (5.3%) untuk dana Covid-19.

Tiga matlamat induk Belanjawan 2021 ialah:

  • kesejahteraan rakyat
  • kelangsungan perniagaan
  • ketahanan ekonomi

Pembangunan produk tempatan

  • RM150 juta untuk program latihan dan bantuan bagi 100,000 usahawan
  • RM150 juta untuk inisiatif Shop Malaysia Online
  • RM35 juta untuk mempromosikan produk buatan Malaysia
  • Insentif cukai untuk syarikat menghasilkan vaksin Covid-19 untuk melabur di Malaysia

Sains, Teknologi dan Inovasi

  • RM400 juta untuk kementerian dan agensi terpilih bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan
  • RM100 juta untuk penyelidikan penyakit, termasuk pembangunan vaksin

Pengangkutan

  • RM300 juta untuk meneruskan pas perjalanan tanpa had My30 ke Pulau Pinang dan Kuantan, Pahang.
  • Pas perjalanan bulanan tanpa had RM5 untuk pelajar dan orang kurang upaya, termasuk perkhidmatan tren di Lembah Klang dan kawasan lain.
  • Pengecualian cukai untuk pembelian bas baru.

Pelaburan dalam sektor utama

  • RM1 bilion untuk menggalakkan pelaburan dalam teknologi, termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk industri elektronik dan aeroangkasa
  • RM500 juta untuk menyokong syarikat sektor teknologi tinggi dan berinovasi
    Insentif cukai untuk industri tertentu akan dilanjutkan sehingga 2022
  • RM1.4 bilion untuk menyokong pembangunan rantaian bekalan domestik dan meningkatkan penghasilan produk tempatan seperti peralatan perubatan
  • RM3.7 bilion untuk melanjutkan skim pembangunan maritim dan logistik, pembangunan mampan, infrastruktur pelancongan dan sektor pengangkutan awam
  • RM2 bilion untuk bantuan dan pemulighan bersasar bagi PKS

Pertahanan negara

  • RM16 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan
  • RM17 bilion untuk Kementerian Dalam Negeri
  • RM2.3 bilion untuk menyelenggara aset ketenteraan
  • RM27 juta untuk meningkatkan kawalan keselamatan siber negara
  • RM500 juta untuk pembinaan 1,000 rumah bagi keluarga angkatan tentera
  • RM153 juta untuk Rela

Perumahan

  • Pengecualian duti setem untuk rumah pertama sehingga RM500,000
  • RM1.2 bilion untuk peruntukan rumah bagi pembeli rumah berpendapatan rendah
  • RM500 juta untuk 14,000 unit PPR
  • RM315 juta untuk 3,000 Rumah Mesra Rakyat
  • RM125 juta untuk membaiki rumah kos rendah yang usang
  • RM310 juta untuk rumah perkhidmatan awam
  • Kerajaan bekerjasama dengan institusi kewangan terpilih bagi skim sewa untuk beli membabitkan 5,000 rumah Pr1ma

RM50.4 bilion untuk pendidikan

  • RM50.4 bilion untuk Kementerian Pendidikan yang merangkumi 15.6% daripada belanjawan
  • RM420 juta untuk Rancangan Makanan Tambahan bagi pelajar
  • RM725 juta untuk sekolah usang
  • RM45 juta untuk kebajikan pelajar
  • RM14.4 bilion untuk Kementerian Pengajian Tinggi
  • RM50 juta untuk menambah baik kemudahan di universiti awam
  • RM50 juta untuk meningkatkan sambungan internet di university daripada 500Mbps kepada 10Gbps
  • RM6 bilion untuk pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET)
  • RM300 juta untuk pinjaman bagi 24,000 pelajar TVET
  • RM29 juta untuk program TVET bagi pelajar di sekolah tahfiz dan pondok

Bantuan Sara Hidup diganti Bantuan Prihatin Rakyat

  • Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 akan menerima RM1,200 hingga RM1,800 bergantung kepada jumlah anak
  • Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM4,000 akan menerima antara RM800 hingga RM1,200 bergantung kepada jumlah anak
  • Isi rumah berpendapatan antara RM4,001 hingga RM5,000 akan menerima antara RM500 hingga RM750 bergantung kepada jumlah anak
  • Individu bujang berusia hingga 21 tahun berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima RM350.

Sambungan digital

  • RM500 juta untuk inisiatif Jendela bagi meningkatkan sambungan internet di sekolah
  • RM7.4 bilion untuk SKMM meningkatkan perkhidmatan jalur lebar pada 2021 dan 2022
  • GLC akan sumbang RM150 juta kepada dana Cerdik untuk membeli komputer riba bagi 150,000 pelajar di 500 sekolah

Belia dan sukan

  • RM1,000 sebulan selama 3 bulan untuk majikan mengambil graduan baru bagi program perantis
  • Kredit one-off e-wallet RM150 bagi mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun. Ini akan memanfaatkan 1.5 juta belia
  • RM19 juta untuk program kesihatan nasional bagi menggalakkan gaya hidup sihat
  • RM103 juta untuk membina, menaik taraf dan menyelenggara semua kemudahan sukan di seluruh negara
  • Pengecualian cukai untuk perbelanjaan peralatan sukan dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000

Pembangunan luar bandar

RM2.7 bilion untuk projek infrastruktur luar bandar. Ini termasuk:

  • RM1.3 bilion untuk jalan raya
  • RM632 juta untuk bekalan air
  • RM250 juta untuk bekalan elektrik
  • RM355 juta untuk membina rumah baru dan membaiki rumah usang
  • RM121 juta untuk membina 27,000 lampu jalan

Pengecualian cukai dan barang keperluan

  • RM20 juta untuk menubuhkan pusat komuniti bagi menjaga kanak-kanak selepas sesi persekolahan tamat
  • RM170 juta untuk pendidikan awal kanak-kanak di bawah KEMAS Pengecualian cukai untuk syarikat mengambil warga emas
  • Pengecualian cukai untuk pasanagan OKU dinaikkan daripada RM3,500 kepada RM5,000
  • RM158 juta untuk program pembangunan dan sosial masyarakat Orang Asli, termasuk penubuhan 14 sekolah baru
  • Lanjutan pengecualian cukai untuk syarikat yang mengambil bekas banduan dan penagih dadah
  • RM50 juta untuk membaiki dan menyelenggara rumah ibadat di bawha PBT
  • RM100 juta untuk memperkasa pembangunan sosial ekonomi masyarakat India
  • RM177 juta kepada masyarakat Cina untuk kemudahan pendidikan dan kampung baru
  • RM30 juta untuk menubuhkan tadikan di bangunan kerajaan, khasnya hospital
  • RM21 juta untuk menubuhkan pusat sokongan sosial
  • RM95 juta diperuntuk untuk pembiayaan kredit mikro usahawan wanita
  • Bayaran one-off RM500 untuk guru takmir, dijangka memanfaatkan hampir 70,000 orang
  • RM1.4 bilion diperuntuk untuk hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri
  • RM11.1 bilion diperuntukkan untuk program pemerkasaan Bumiputera.
    – merangkumi RM6.5 bilion kepada universiti untuk Bumiputera.
    – RM4.6 bilion diperuntukkan untuk memperkasakan usahawan Bumiputera
  • 1.5 bilion diperuntuk untuk program subsidi upah selama 3 bulan lagi, khasnya sektor pelancongan
  • RM400 juta untuk menghapuskan faedah hutang peneroka Felda
  • Elaun nelayan dinaikkan RM300 sebulan
  • RM3.7 bilion untuk Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) bagi mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran
  • RM150 juta disalurkan untuk melanjutkan elaun pencarian kerja Perkeso selama 3 bulan
  • Kerajaan memperuntukkan RM2 bilion untuk meneruskan program Penjana Kerjaya bawah Perkeso

Caruman KWSP untuk pekerja dikurangkan daripada 11% hingga 9% selama 12 bulan mulai Januari 2021

  • Pencarum dibenar mengeluarkan RM500 sebulan daripada Akaun 1 KWSP selama 12 bulan mulai Januari 2021
  • RM200 juta diperuntukkan untuk pengagihan barang keperluan
  • KWSP membenarkan pencarum mengeluarkan Akaun 2 untuk membeli insurans
  • RM3,000 pengecualian cukai untuk pencarum skim persaraan swasta

Covid-19 dan kesihatan awam

Siling dana Covid-19 dinaikkan kepada RM65 bilion

RM1 bilion untuk membendung Covid-19, termasuk:

  • RM475 juta untuk peralatan dan bekalan buat KKM
  • RM318 juta untuk PPE dan pensanitasi petugas barisan depan
  • RM150 juta untuk Agensi Pengurusan Bencana Nasional (Nadma)
  • RM50 juta untuk membeli peralatan, bekalan makmal dan ubat di hospital universiti
  • Pemberian one-off RM500 kepada anggota barisan depan KKM yang akan memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan
  • RM24 juta untuk program kesihatan mental
  • Pengecualian cukai sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan rawatan perubatan meliputi vaksinasi
  • Pengecualian cukai sehingga RM8,000 untuk rawatan penyakit serius
  • Pengecualian cukai sehingga RM1,000 untuk saringan kesihatan
  • Pengecualian cukai sehingga RM8,000 untuk rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa
  • MySalam dan Program Baucar Perlindungan Tenang untuk B40 diperluaskan
  • RM90 juta untuk program imunisasi pneumokokal buat kanak-kanak.
  • Bantuan untuk OKU dinaikkan kepada RM300 juta
  • Bantuan untuk warga emas dinaikkkan kepada RM500 juta
  • Elaun untuk pekerja OKU dinaikkan kepada RM450 juta
  • Keseluruhannya, RM2.2 bilion diperuntukkan untuk bantuan kebajikan bulanan yang akan memanfaatkan lebih 400,000 orang
  • RM1.5 bilion untuk memastikan sambungan internet bagi B40 dalam bentuk kredit RM180 setiap seorang. Ini akan memanfaatkan 8 juta orang.
  • Telco akan menyediakan data berjumlah RM1.5 bilion
  • 1% pengurangan dalam cukai pendapatan bagi mereka yang bergaji RM50,000 hingga RM70,000 setahun




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan