Header Ads

ads header

Flash News

E-tunai RM50 untuk belia 18-20 tahun


Kerajaan akan memasukkan RM50 ke dalam e-dompet yang dipegang oleh belia berusia antara 18 hingga 20 tahun untuk menggalakkan transaksi nirtunai (cashless).

Insentif untuk majikan ambil graduan baru bekerja

Majikan akan diberi insentif bulanan RM1,000 untuk setiap graduan baru yang mereka ambil bekerja selama tiga bulan untuk latihan amali.

Majikan juga boleh memohon geran maksimum RM4,000 untuk program latihan amali.

Penjagaan anak percuma untuk B40 di bandar

Kerajaan berhasrat membelanjakan RM20 juta untuk mewujudkan pusat komuniti sebagai tempat jagaan anak-anak selepas tamat sesi persekolahan.

Pusat itu akan melibatkan kerjasama NGO dan dilengkapi kemudahan penjagaan diri, kelas tuisyen, perpustakaan mini dan program bimbingan mentor.

Elaun sukarelawan jaga OKU, pelepasan cukai pasangan OKU ditambah

Bayaran untuk orang yang menjadi sukarelawan di bawah Program Khidmat Bantu di Rumah akan ditingkatkan kepada RM400 daripada RM150 sebelum ini.

Program ini adalah untuk inividu yang secara sukarela menjaga orang tua atau orang kurang upaya.

Sementara itu, kerajaan akan meningkatkan pelepasan cukai untuk pasangan kurang upaya kepada RM5,000, meningkat daripada RM3,500 sebelum ini.

Pelepasan cukai untuk majikan yang menggaji warga emas akan dilanjutkan sehingga 2025.

Skim ini sebelum ini hanya merangkumi tahun taksiran 2019 dan 2020.

Kumpulan lain yang sepatutnya terangkum dalam insentif ini ialah bekas banduan, dan bekas penagih dadah - tidak disebut oleh Zafrul.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan