Hampir RM28 bilion diperuntuk untuk subsidi, insentif
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan hampir RM28 bilion ringgit khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif tahun depan.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia merangkumi bantuan pengangkutan dan kebajikan serta subsidi bagi mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
"Kerajaan juga akan menaikkan peruntukan daripada RM150 juta kepada RM200 juta untuk melaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming termasuk meluaskan pelaksanaannya ke 34 kawasan baharu antaranya di Pulau Sakar di Sabah dan Ulu Mujok di Sarawak.
"Melalui inisiatif ini barangan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, gas LPG, petrol RON95 dan diesel dapat dinikmati oleh lebih 1.1 juta rakyat pada harga yang dikawal," katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini hari ini. - SH
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan