Header Ads

Header ADS

Berbaloi ke jadi guru PASTI?


Ada org tanya saya.
Berbaloi ke jadi guru PASTI? Tak ada pencen, gaji murah.
Ni Waktu pkp ni ada gaji ke?
Saya senyum.😊
Sifirnya begini.
Umur saya pada tahun ini 34tahun. Saya dah tempuh cabaran hidup selama 34tahun Di atas muka bumi Allah.
Saya tidak bergaji, hanya Di beri alaun. Cuti pun dipanggil cuti ihsan.
Kehidupan mematangkan saya.
Banyak yang saya dah lalui. Hanya Allah yang tahu. Dalam hati selalu berkata. "YA ALLAH JIKA PENAT LELAH AKU BERSAMA ANAK2 INI DAPAT MENGHAPUSKAN DOSA2 AKU, AMPUNKANLAH YA ALLAH."
Bekerja kerana Allah tak ada pencen tuan puan. Rezeki kami pun Allah dah atur. InsyaAllah khair2 sahaja.
Nikmat menjadi guru PASTI hanya kami sahaja yang tahu. Orang diluar tak akan tahu.
Masalah tu perkara tu biasa. Mana2 tempat bekerja pun ada masalah. Cuma cara kita selesaikan itu tak sama.
Saat org lain menikmati kemewahan, kami ditaujihatkan agar lebih men syukuri. Nanti Allah tambah.
Tak ada apa pun yang mudah atas muka bumi ini. Memang tempat ujian, bukan bersenang lenang.
Lagi sekali saya tegaskan bekerja kerana Allah tiada pencen selagi hayat dikandung badan.
Kami bukan keleng2.
Anak didik kami juga mampu mengeluarkan bisa!! Setanding dengan PRA sekolah yang lain.
Gambar dibawah adalah kenangan sewaktu peperiksaan akhir semester 2.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang setimpal di atas jasa dan pengorbanan semua guru2 PASTI

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.