Biden hanya perlu 6 undi untuk menang
Calon demokrat Joe Biden hanya memerlukan enam lagi undi elektoral untuk memenangi jawatan presiden Amerika Syarikat (AS) selepas kemenangannya di Michigan, memetik unjuran Fox News lapor Agensi Sputnik.
Biden diramal memperoleh 16 undi elektoral di negeri itu selepas mendahului dengan 49.9 peratus berbanding 48.6 peratus yang diraih Presiden Donald Trump. Sebanyak 99 peratus undi sudah dikira, lapor Fox.
Ia menjadikan Biden hanya memerlukan enam lagi undi daripada 270 yang diperlukan untuk muncul sebagai presiden AS yang baru, kata laporan itu.
-Bernama
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan