Header Ads

Header ADS

BN mesyuarat malam ini pasal belanjawan?


Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan mengesahkan gabungan itu akan bermesyuarat malam ini.

Bagaimanapun Mohamad tidak memperincikan butir mesyuarat dan hanya berkata ia hanya mesyuarat berkala biasa.

“Mesyuarat BN malam ini memang dijadualkan untuk setiap tiga bulan sekali dan ia hanya mesyuarat biasa, seperti yang dijadualkan,' katanya ringkas.

Difahamkan mesyuarat yang dijadual bermula jam 8 malam di ibu pejabat Umno di PWTC itu akan disertai presiden, ketua wanita dan ketua muda setiap parti komponen serta kepimpinan Dewan Tertinggi BN.

Selain itu, ahli Majlis Tertinggi (MT) BN juga dikatakan akan menyertainya.

Ketika ditanya sama ada agenda mesyuarat malam ini berkaitan Belanjawan 2021 yang dijangka melalui proses undian pada Khamis ini, Mohamad berkata dia tidak dapat mengesahkan perkara itu.

“(Tentang) belanjawan ni tak tahu pula saya, sebab belanjawan ini sedang dibahaskan di Parlimen. Tapi, kita tak bincang pasal belanjawan rasanya," katanya.

Mesyuarat malam ini menjadi perhatian di saat ada anggota Parlimen Umno yang tidak berpuas hati dengan belanjawan.

Pemimpin Umno juga berkata ahli Parlimen patut diberi kebebasan sama ada untuk menyokong, menolak atau berkecuali ketika undian nanti, berbeza dengan undian berdasarkan parti yang menjadi kelaziman.

Selain itu, mesyuarat malam ini juga di saat berlakunya pergeseran dalam Umno dengan sejumlah pemimpin menyerang Setiausaha Agung BN Annuar Musa dalam soal hubungan antara parti itu dengan Bersatu.

Sementara itu,sumber terdekat dengan pemimpin kanan Umno turut mengesahkan BN akan bermesyuarat malam ini.

"(BN mesyuarat) malam ini," katanya ringkas.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika dihubungi, turut berkata tidak pasti akan agenda mesyuarat malam ini, tetapi mungkin berkenaan PRK Gerik.

MR : UMNO ingin dapat kepastian daripada rakan BN untuk tindakan politik mereka



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Kalo AMNO rasa inilah masa tunjuk "AKU KUAT" AMNO blh bersama Geng Abam x oerlu nak malu2 kucing

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.