Header Ads

ads header

Flash News

PAS tak ke mana tanpa Umno dan Bersatu


Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu tidak akan mampu melangkah lebih jauh sekiranya kerjasama Dengan Umno dan Bersatu tidak terjalin.

Dia berkata PAS, Umno dan Bersatu saling memerlukan antara satu sama lain.

"Pada padangan kita, kalau kita dengan Umno sahaja tak akan ke mana, kalau dengan Bersatu saja pun tak akan sampai ke mana.

"Kita perlukan gabungan ketiga-tiga parti ini. Sebab itu pentingnya Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional. Ketiga-tiga parti ini ada kekuatan tersendiri," katanya kepada media ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, hari ini.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung BN Annuar Musa yang kini dilihat menimbulkan konflik di kalangan pimpinan Umno.

Annuar dilaporkan berkata PAS bertegas bahawa Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu pada PRU akan datang.

Susulan itu beberapa pimpinan Umno antara naib presidennya, Mohamed Khaled Nordin, tampil menyanggah kenyataan Annuar itu.

Khaled antara lain menyatakan keyakinan betapa PAS tidak akan memaksa Umno supaya terima Bersatu.

Sementara itu Mohd Amar berkata, apa yang berlaku itu merupakan masalah dalaman Umno yang perlu diselesaikan.

"Isu ini kalau kita tengok di media melibatkan kalangan Umno, kenyataan Annuar dijawab oleh pimpinan Umno yang lain.

"Kita harap Umno boleh selesaikanlah, kami tak boleh nak campur (tangan), ini masalah dalaman parti. Pandangan-pandangan dalam kalangan pimpinan Umno.

"Pandangan saya sepatutnya masing-masing duduk semeja dan tidak buat kenyataan terbuka. Hari ini isu besarnya masing-masing buat kenyataan terbuka," katanya yang juga anggota dewan undangan negeri (Adun) Panchor.

Tambahnya, berbeza pandangan itu perkara biasa, tetapi lebih baik duduk sekali dan berbincang untukmencari titik pertemuan.

"Tapi kalau kita masing-masing bercakap kepada media, kita beri mesej yang salah dan persepsi kepada pengundi serta menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong-penyokong parti," katanya lagi.

MR : PAS lebih rasianal dan melihat realiti semasa, kumpulan UMNO terpinggir masih rasa UMNO big boss

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Pemimpin AMNO sudah terlalu selasa selama ini n masih terngiang2 nostalgia sblm PRU14 terutama Geng2 JDT

    BalasPadam
  2. Umno masih tak sedar diri. Sepatutnya kekalahan yang lalu jadikan iktibar.
    Kerana sudah selesa sebagai pemerintah dari dahulu lagi, mengaggap parti lain musuh.
    Rakyat menghukum, supaya sedar kerana manusia tidak hidup selamanya didunia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas kalau keseorangan tak ke mana dengan parti bunga bangsat lagi le tak ke mana. pilih samada bn atau pn. you cannot have both

      Padam
    2. Tak perlu sembang ,, jalo nak ugut bagai UMNO blh bersengama dgn PH

      Padam
  3. BNUMNO KALAH KERANA JANJI MELAMPAU PH SEMASA KEMPEN PRU14.MCA MIC TIDSK MENYUMBANG LANGSONG.UNDI CINA SEPENUHNYA PDA DAP .UNDI INDIA PADA PH..UNDI MELAYU TERPENGARUH DG JANJI TIPU PH..BUKAN KERANA UMNO YG BERMASSLAH..TUN M HABIS2 TUDUH DSNTR SKANDAL ONE MBD..RAKYAT YAKIN DG JANJI PALSU DAN TUDUN TERHADAP DSNTR. PENGUNDI CINA WALAAPAPUNNTETAP SOKONG DAP.TAK DOKONG MCA.INDIA PULA PUN TAK SUKA MIC..dg sebab tak suka pada UMNO ..PARTI MELAYU..
    MEMANG BN KLAH TAPI UMNO TETAP MENANG..TAK MENGAPA ..MEMANG DAH KALAH..BERUSSHALAH UNTUK BANGKIT SEMULA..DG IZIN ALLAH..BN UMNO akan bangkit semula..memerintah negara sebagai yg utama. Ok

    BalasPadam
  4. Penyokong dan pemimpin umno masih tak sedar diri.
    Bn kalah dahulu kerana skandal terbesar dalam sejarah yang melibatkan pemimpin tertinggi negara.
    Akar umbi umno jangan tutup membutakan mata sekarang Najib sudah jelas dihukum oleh mahkamah cuma tunggu rayuan. Yang jelasnya telah bersalah cuma teknikal sahaja ada rayuan ke mahkamah seterusnya.
    Buat masa sekarang rakyat sudah serik dengan umno. Cuba fikir apa yang ada dengan umno sekarang, ramai ahli2 umno meninggalkan umno menyertai PPBM atau PKR
    Bn dahulu ada 14 parti kompenan di dalam bn tetapi sekarang tinggal berapa kerat...???
    PRN Sabah tempoh hari sudah jelas bn hanya mendapat 33% dari kerusi yg dipertandingkan.
    Saya bekas ahli umno kita tau apa yg rakyat mau sekarang ini...
    Kita tunggu pru15 tanpa PAS dan PPBM bn akan tersungkur...

    BalasPadam
  5. ANGIN RIBUT MEMBADAI SETIAP PENJURU...PAS TETAP ISTIQAMAH INSHA ALLAH..wpun ada yang telah Angkat Kaki dari JEMAAH kerana goyang pada Ujian dan FITNAH. Tetap berlapang dada dan hulur salam UKHWAH pada sesiapa yang ingin bersama mencari RAHNAT dan REDHA ALLAH.

    BalasPadam