Header Ads

Header ADS

BPR ganti BSH, isi rumah dibantu hingga RM1,800


KUALA LUMPUR, 6 Nov
— Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan peruntukan berjumlah RM6.5 bilion yang dijangka memanfaatkan 8.1 juta orang menerusi Belanjawan 2021.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata di bawah BPR, isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima sebanyak RM1,800.

Katanya isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak pula akan menerima bantuan sebanyak RM800, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima RM1,200.

“Kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Selain itu, katanya individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula akan menerima bantuan RM350, dengan umur kelayakan diturunkan kepada 21 tahun berbanding 40 tahun sebelum ini.

Tengku Zafrul berkata BPR akan dilaksanakan secara lebih bersasar berbanding BSH yang sebelum ini memperuntukkan RM5 bilion untuk 4.3 juta penerima.

Sebagai tambahan kepada BPR, katanya kerajaan akan turut memperuntukkan RM1.5 bilion bagi melaksanakan Program Jaringan Prihatin bertujuan mengurangkan beban kewangan golongan berpendapatan rendah B40 mendapatkan kemudahan internet.

“Bermula suku pertama 2021, kira-kira lapan juta penerima daripada golongan B40 akan menerima bantuan RM180 dalam bentuk kredit telekomunikasi,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, bantuan itu boleh digunakan untuk perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu.

Pada masa sama, katanya syarikat-syarikat telekomunikasi akan menyediakan manfaat bernilai RM1.5 bilion seperti dalam bentuk data percuma. — Bernama 





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Banyak tu. Terima kasih PN. Kalau PH memerintah , haram jadah jadi negara kita ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yea kalo PH lah yg perintah semua nk dipotong..bukan ditambah..terima kasih Kerajaan PN sentiasa prihatin dengan rakyat..

      Padam
  2. Kerajaan ph tidak berkat kerana kencing dan tipu mandat rakyat..terbukti menteri kewangan mata sepet tak pandai urus ekonomi walaupun dipuja melangit oleh rba arif muluk kah kah kah

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.