Header Ads

ads header

Flash News

Darurat di Batu Sapi bakal perkukuh imej PN, kata penganalisis


KOTA KINABALU:
Penganalisis politik berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) mungkin memperoleh sokongan tambahan berikutan perisiytiharan darurat yang menangghkan pilihan raya kecil di Batu sapi.

Tony Paridi Bagang dari UiTM Sabah berkata, perintah Yang Di-Pertuan Agong itu memberi kelegaan kepada rakyat Sabah, terutama penduduk Batu Sapi, yang bimbang pilihan raya baru akan memburukkan lagi keadan wabak covid-19 di negeri itu.

“Belajar daripada pilihan raya negeri baru-baru ini, perisytiharan darurat itu boleh dilihat sebagai keprihatinan kerajaan PN, yang selari dengan slogan ‘prihatin rakyat’ gabungan itu,” katanya kepada FMT.

“Ini memberi kelebihan kepada PN kerana membuat pertimbangan yang wajar berikutan bilangan jangkitan Covid-19 yang masih tinggi di Sabah.”

Bagang berkata, pilihan raya kecil itu kini akan diadakan apabila keadaan bertambah baik atau kemungkinan juga seiring dengan pilihan raya umum ke-15, yang mungkin diadakan lebih awal daripada tarikh tamat tempoh 5 tahunnya pada 2023.

Pada Rabu, pegawai Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah membuat keputusan untuk mengisytiharkan darurat di Batu Sapi bagi menghindari gelombang ke-4 jangkitan Covid-19.

Beliau berkata, Agong membuat keputusan itu selepas diberikan taklimat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sultan Abdullah juga diberi taklimat oleh Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali; Peguam Negara Idrus Harun; Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh.

Sebelum itu Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan berkata, Putrajaya mungkin meminta Agong mengisytiharkan darurat di Batu Sapi atau Sarawak bagi menangguhkan pilihan raya di sana.

Penganalisis sosio-politik Awang Azman Awang Pawi bersetuju bahawa keputusan sama boleh diambil melibatkan kerusi Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya yang turut kematian penyandang masing-masing baru-baru ini.

Awang Azman berkata, parti politik yang dijangka meletakkan calon di Batu Sapi boleh mencapai kompromi sama ada mahu bertanding atau sebaliknya, namun sukar untuk menghalang calon bebas daripada bertanding.

“Ini adalah langkah sementara bagi menghalang peningkatan kes Covid-19. Ia boleh memperkukuh imej kerajaan PN jika dijelaskan dengan baik kepada rakyat.

“Ia merupakan perisytiharan darurat yang lebih wajar dan bersasar, berbanding cadangan perisytiharan darurat di seluruh negara sebelum ini yang berlawanan dengan logik ekonomi, politik dan sosial, selain pembangunan negara,” katanya.

Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, kerajaan terpaksa mencadangkan darurat di Batu Sapi kerana banyak pihak tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa pilihan raya negeri baru-baru ini yang menyebabkan peningkatan kes Covid-19.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan