Itu sempadan palsu dicipta oleh geopolitik Inggeris, Siam/artifak penjajahan dan penjajah dan penaklukan Siam
BATU sempadan kedah Pulau Pinang perlu dilihat dalam konteks sejarah kolonial, dari sudut nyah kolonial - nyahpenjajah. Bukan dari sudut hakikat kesedaran kita kini. Kita tidak perlu ‘excited’ dengan terjumpanya artifak tersebut yang membentuk sempadan kedah Pulau Pinang.
Itu sempadan palsu - dicipta oleh geopolitik inggeris dan Siam/artifak penjajahan dan penjajah, serta penaklukan Siam.Kita Sudah tahu. Tak perlu buang masa untuk itu. BATU sempadan itu adalah simbol kerakusan orang putih, pecah dan perintah, pemesongan sejarah Melayu, perpecahan kedaulatan Kedah dan sejarah kedah, pemisahan sejarah Kedah dan Pulau Pinang, pembohongan dan penipuan kuasa asing, penafian identiti dan budaya.
BATU ditempat itu ialah tanda pengkhiatan dan Perbuatan jenayah, buat replika dan pamerkan saja dalam Muzium kedah dan Pulau Pinang sebagai pengkhiatan dan mitos sejarah, nukil naratif yang anti-Penjajahan; sepatutnya Bukan satu memori untuk kita raikan , tetapi satu peringatan bagaimana kita dijajah dan dinafikan hakiki sejarah.
Kritikal bagi penggiat sejarah Pulau Pinang, malaysia dan rantau ini untuk peka akan penjajah dan penjajahan. Kita tidak mahu menerbitkan semula sejarah kolonial Pulau Pinang. Segala naratif sejarah mereka mesti kita tangkis dan padamkan. Ini cabaran bagi penggiat sejarah kedah/Pulau Pinang.
Ahmad Murad Merican
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan