Header Ads

Header ADS

Fikir peluang menang sebelum minta lebih banyak kerusi, Annuar beritahu Umno


PETALING JAYA:
Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa berkata, Umno perlu memikirkan peluangnya untuk menang di sesebuah kerusi, sebelum meminta PAS dan PPBM memberikan lebih banyak kerusi kepadanya pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Beliau berkata, Umno berhak bertanding lebih banyak kerusi pada PRU15, jika mengambil kira jumlah kerusi yang dimilikinya ketika ini berbanding rakan sekutunya, PAS dan PPBM.

“Saya fikir semua faham Umno akan bertanding kerusi paling banyak, tetapi Umno kena tanya, jangan fikir soal nak banyak kerusi saja, boleh ke kita menang banyak?

“Di Sabah, kita nak banyak, orang bagi banyak, tapi akhirnya menang tak banyak. Apa yang penting, jumlah kerusi yang kita menang banyak,” katanya dalam wawancara Insight Talk bertajuk “Kestabilan kerajaan tunjang Melayu” malam tadi.

Pada Pilihan Raya Negeri di Sabah 26 Sept lalu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meraih majoriti mudah dengan memenangi 38 daripada keseluruhan 73 kerusi yang dipertandingkan.

GRS merangkumi Perikatan Nasional yang memenangi 17 kerusi, BN (14 kerusi) dan PBS (7 kerusi).

Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan (29 kerusi), PKR (2 kerusi) dan Upko (1 kerusi) berjaya menawan 32 kerusi.

Calon bebas pula memenangi 3 kerusi.

Umno bertanding di 32 kerusi, tetapi hanya memenangi 14 kerusi.

Walaupun sukar, Annuar yang juga setiausaha agung bersama Muafakat Nasional, yakin isu pembahagian kerusi boleh diselesaikan dengan baik antara 3 parti itu.

“Saya lama jadi pengerusi perhubungan, terlibat soal memilih calon di Kelantan sampai malam terakhir, esok nak penamaan calon tak selesai lagi, itu sama-sama parti, apatah lagi kalau antara parti lain, ia tak mudah.”

Tetapi, katanya, kerjasama antara 3 parti itu tidak boleh hanya dilihat dari sudut pembahagian kerusi, sebaliknya ia lebih meluas, iaitu menyatukan parti politik Melayu menjadi lebih kuat dan demi agenda lebih besar.

“Bila kita muafakat, sudah tentu kena ada tolak ansur, kena ada prinsip kongsi. Bila kongsi, maknanya kena berkorban, kita kena korban, belah sana juga kena korban. Kita jangan putus asa, berusaha mencari titik persamaan.

“Kita kena lihat dari sudut gambaran lebih luas. Dalam PRU akan datang, kita harap jangan berulang apa yang berlaku PRU14, sebab kita sudah tengok keburukan yang menimpa akibat orang Melayu berpecah belah.

“Untuk mengelak apa yang berlaku pada PRU14, penawarnya kita mesti berusaha mewujudkan muafakat penyatuan dalam kalangan parti politik orang Melayu.”

Beliau berkata, BN memutuskan akan menggunakan lambang sendiri pada PRU15 nanti.

Mengulas kenyataan Pengerusi Lembaga Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang parti itu perlu mengkaji semula kerjasama dengan PAS dan PPBM untuk mengelakkan masalah seperti tidak boleh bertolak ansur dalam soal pembahagian kerusi dan perlu merampas kerusi Parlimen Pagoh daripada Muhyiddin Yassin, Annuar berkata, isu siapa yang akan mewakili sesebuah kerusi itu hak rakyat untuk tentukan.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Haa... tolak ansur/ Diplomasi. Kena bijak ye.

    Letakkan kepentingan umat Islam daripada kepentingan peribadi.
    Orang Islam perlu diutamakan.

    BalasPadam
  2. Kumpulan uban nak masuk lubang kubur tak buang ego.Rasa bongkak dan sombong,rasa umno hebat sokmo.Tu la pasal duk bekokok lawan sama sendiri.DAP seronok tengok Melayu tua yang bodoh tu. Tok uban Shahrir,fuad,khalid nordin,nur jazlan...otodok angkuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kata Tuan.
      Kena buang mereka yang tak perform. UMNO kena buang orang cam tu. Lepas bubar parlimen, buang mereka, cari calon lain.

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.