Header Ads

ads header

Flash News

Sejarah 1999 parlimen bubar selepas pembentangan bajet ketika pentadbiran Dr Mahathir mungkin berulang


Penganalisis politik Prof Sivamurugan Pandian berkata sejarah ketika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada tahun 1999 boleh berulang kembali.

“Apa terjadi pada tahun 1999, di mana bajet dibentangkan pada 11 Nov pada tahun itu, perdana menteri pada ketika itu membuat pengumuman bahawa pembubaran parlimen bakal berlaku.

“Pertama kali dalam sejarah parlimen dibubarkan, termasuk bajet yang dibentangkan juga terpaksa dihentikan sehingga pengumuman keputusan pilihan raya (dan) bajet dibentang semula.

“Adakah bermaksud situasi ini boleh terjadi lagi? Ia boleh terjadi jika kerajaan masih tidak mempunyai sokongan dan berasa ini adalah keputusan terbaik dari Belanjawan dibentang tetapi tiada yang menyokong,” jelasnya dipetik portal Astro Awani.

Sivamurugan turut berpandangan bahawa Muhyiddin boleh menasihati Agong untuk membubarkan parlimen atau melantik perdana menteri baru untuk memastikan kerajaan berfungsi.

“Kedua, jika tiada sokongan, ia boleh dianggap oleh sesetengah pihak bahawa ini merupakan isu keyakinan kepimpinan dan mungkin perdana menteri boleh menasihati Agong untuk bubar parlimen atau lantik perdana menteri baru.

“Ini tidak bermaksud kerajaan tumbang, ia akan tetap berfungsi dan pada masa yang sama perdana menteri boleh menafikan bahawa jika tidak berjaya di parlimen, itu tidak bermaksud kerajaan tidak mempunyai keabsahan.

“Malah, darurat juga boleh dicadangkan, bermakna tanggungjawab untuk mendapatkan perhatian dan kelulusan belanjawan diberikan kepada Agong. Ada beberapa perkara boleh dilakukan,” tambahnya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Bersedialah rakyat memilih G no DAP n Keldai DAP

    BalasPadam
  2. Takde sapa bodo. Nak pergi ngundi time covid

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak mati dok rumah blh mati,,org yg takut mati perlu bykkan ibadat,sedekahh,infaq,zakat, wakaf n taubat

      Padam
  3. Ada 2 kemungkinan jikalau belanjawan di tolak.

    1. Pembubaran Parlimen leading to Snap election.
    2. Pengisytiharan darurat.

    Nampaknya akan berlaku pengisytiharan darurat sebab adanya penularan wabak Covid 19.

    Kita tunggu dan lihat.
    Have faith in Allah's decree. Pray what is best for the Ummah.

    BalasPadam
  4. Pengisytiharan darurat adalah lebih baik atas sebab faktor keadaan:
    1) keadaan sekarang covid yang masih diluar kawalan yang tak mengizinkan
    2) masalah internet akan dijadikan isu, nanti yang terjatuh mendaki gunung kinabalu, gunung tahan, memanjat pokok kelapa dan sebagainya kononnya nak mandapat coverage internet untuk mengundi,
    3) kebanyakkan parti hanya mementing merebut kuasa dari menjaga negara dan rakyat

    Pengisytiharan darurat bersyarat bole dilaku dengan urusan seperti biasa( urusan pentabiran, perniagaan termasuk banking dan jual beli dan sebagainya dengan kawalan ketat pdrm dan pasukan tentera, semua kegiatan parti diharamkan termasuk perhimpunan.

    cara melaksana diatas budi bicara kebijaksaan agong dan sultan2, suka tak suka mesti ikut, tak suka bole berambus, keselamatan negara, islam dan rakyat diutamakan, NO KOMPROMIS




    BalasPadam