Header Ads

ads header

Flash News

Hari ini rekod dipecah, 1,884 kes baru Covid-19


Jangkitan Covid-19 di Malaysia hari ini merekodkan jumlah kes harian tertinggi baru pada 1,884 kes sejak pandemik itu menular ke negara ini.

Sebelum ini, jumlah kes harian tertinggi ialah 1,755 kes yang dicatatkan pada 6 Nov lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan  Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan angka tertinggi pada 1,203 kes dengan sebahagian besarnya melibatkan Kluster Teratai iaitu 1,067 kes.

"(Perkembangan terbaru) Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 56,659 kes dengan jumlah kes aktif 13,842 kes.

"Daripada jumlah kes baru berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,882 kes merupakan penularan dalam negara," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini.

Dr Noor Hisham berkata bilangan kes sembuh pula sebanyak 883 kes, menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh sepenuhnya ialah 42,480 kes atau 75 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dia turut melaporkan dua kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan yang maut akibat COVID-19 kini 337 kes.

Sementara itu, Noor Hisham berkata pada masa ini terdapat 115 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 48 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dia berkata selain Selangor, negeri lain yang turut mencatat jumlah kes yang tinggi ialah Sabah yang merekodkan 289 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 196 kes.

Selain itu, Perak mencatatkan 81 kes, Negeri Sembilan (41 kes), Kedah (36 kes), Johor (15 kes), Pulau Pinang (12 kes), Kelantan (9 kes) manakala Putrajaya dan Perlis masing-masing mencatat satu kes.

-Bernama

Berikut status terkini Covid-19 di Malaysia:

Kes sembuh=883
Jumlah kes sembuh=42,480 kes

Kes baharu positif=1,884 kes
(kes import=2 kes tempatan=1,882)
Jumlah positif=56,659 kes

Kes kematian=2
Jumlah kes kematian=337 kes

Kes dirawat di ICU=115 kes
Bantuan alat pernafasan=48 kes

Berikut kes baru mengikut negeri:

Selangor (1,203)
Sabah (289)
Kuala Lumpur (196)
Perak (81)
Negeri Sembilan (41)
Kedah (36)
Johor (15)
Penang (12)
Kelantan (9)
Putrajaya (1)
Perlis (1)

Labuan (0)
Sarawak (0)
Pahang (0)
Melaka (0)
Terengganu (0)

 



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan