Header Ads

Header ADS

Flash News

Penganalisis politik menang saman fitnah RM8 juta, akan saman 5 lagi ahli Parlimen DAP


PETALING JAYA:
Penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff menang saman terhadap Pegawai Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa dan individu terbabit diarah membayar ganti rugi RM8 juta atas kenyataan fitnah dibuatnya sebelum ini.

Kamarul dalam kenyataan berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut memerintahkan Abdul Aziz membayar faedah 4% setahun atas ganti rugi itu dan membayar kos tindakan berkenaan RM10,000 kepadanya atas 22 tuduhan fitnah.

“Walaupun kemenangan ini agak manis, ia sebenarnya hanya pembakar semangat untuk saya dalam perbicaraan saman saya ke atas lima pemimpin besar DAP lain yang semuanya merupakan Ahli Parlimen,” katanya.

Kamarul berkata, beliau akan mengambil tindakan saman RM8 juta terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok atas kenyataan fitnah yang menuduhnya terencat akal dan merupakan ancaman kepada masyarakat serta berfahaman sempit.

“Seterusnya saman RM5 juta saya ke atas Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas saya,” katanya.

Antara tuduhan dinyatakan Kamarul dibuat oleh Chong ialah beliau pentaksub agama dan tidak layak menjadi pensyarah di universiti awam di Malaysia.

Beliau turut akan mengambil tindakan saman RM5 juta terhadap Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang memfitnahnya membataskan kebebasan beragama penganut Kristian dan cenderung mendesak pengharaman kitab suci Kristian iaitu “Bible” serta beberapa fitnah lain.

“Seterusnya saman RM5 juta saya ke atas Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh, ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas saya yang membawa maksud dan difahami bahawa saya merendahkan martabat saya bagi menjadi propagandis Umno dan gabungan politik Barisan Nasional,” katanya.

Kamarul turut menyenaraikan beberapa fitnah lain didakwa dilakukan Wong antaranya memfitnahnya membuat laporan polis yang palsu dan berniat jahat, tidak mempunyai kualiti dan kredibiliti.

“Terakhir, adalah saman RM5 juta saya ke atas Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas saya yang membawa maksud dan difahami bahawa saya adalah pensyarah universiti tempatan berkaliber rendah dan berkualiti rendah,” katanya.


MR: Berita ini tak ada dalam Malaysiakini.. Wartawannya ditutup mata oleh kontrak dengan PH dan Sarawak Report



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Buat duit kerana Maruah,,mmg Kelassss

    BalasPadam
  2. pulun bos pulun .. biar dio tokono batang hidung .. ckp ikut selera ... kuar duit tabung la apa lagi .. hahahaha ..

    BalasPadam
  3. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff.

    BalasPadam
  4. Tahniah..biar puak dapig ni tahu bahawasanya sememangnya terdapat ramai cerdik pandai dan bijaksana dari kalangan bani melayu diatas muka bumi ini..syabas Tuan Kamarul dan teruskan perjuangan. Semoga Allah bersama tuan dan saya mendoakan kejayaan tuan.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam