Header Ads

Header ADS

Mahathir Tolak Cabaran Debat Najib



SHAH ALAM –
Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak cabaran Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk berdebat dengan Najib yang juga bekas Perdana Menteri kerana pemimpin terbabit telah disabitkan di mahkamah.

“Tiada sebab untuk berdebat dengan Dato Sri Najib (Tun) Razak sekarang setelah segala tuduhan terhadapnya telah terbukti benar oleh mahkamah,” katanya di laman Facebooknya hari ini.

Dr Mahathir mengulas laporan sebuah portal bertajuk ‘Najib cabar Mahathir debat’.

Terdahulu, Najib ketika menjawab komen yang diberikan pengguna di Facebooknya berkata, pihaknya bersedia pada bila-bila masa untuk berdebat dengan Ahli Parlimen Langkawi itu.

Komen Najib itu kemudiannya disokong pengikutnya yang berharap agar cadangan itu dapat direalisasikan bagi membolehkan rakyat menilai kebenaran di sebalik semua dakwaan dilontarkan Dr Mahathir.

Untuk rekod, Najib dan Mahathir sebelum ini tidak pernah duduk sepentas untuk berdebat bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan.

Bagaimanapun dilaporkan Mahathir pernah beberapa kali mencabar Najib untuk berdebat sebelum ini bagi menjawab semua kritikan yang dilemparkan. – Sinar Harian



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Najib, najib...syarikatnya 1mdb jadi terkenal seluruh dunia kerana korup dan penyelewengan, ada kalangan yg dpt impak buruk, reputasi buruk bila terlibat dgn 1mdb...reputasi malaysia kenar2 buruk kerana najib....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kes 1mdb mungkin hanya 1 peratus betul...lagi 99 peratus hanya cerita dongeng pakatan hancing

      Padam
  2. Anak² Madet semua jd jutawan sbb menabung sejak dr kecil..paihtu rajin hmmmm...Kalau Madet xjadi PM pun depa buleh jd kaya raya jgk kaaan...

    BalasPadam
  3. asik2 kata dari belakang lebih baik debat( jumaat, sabtu ,ahad) diberi tiga hari untuk berdebat saluran asro atau mana2 saluran tanpa mana2 penyokong demi keselamtan umum. saluran untuk umum adalah percuma secara terus.

    BalasPadam
  4. DEBAT yg tiada manafaat dua2 perlu taubat pd Sang pencipta

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.