Header Ads

Header ADS

Mahathir umpama telefon lama


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad diumpamakan sebagai telefon dail pusing yang lama, justeru tidak lagi relevan pada zaman telefon pintar.

Naib Ketua Pemuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman, berkata demikian sebagai mengulas serangan Mahathir ke atas Anwar Ibrahim dan menganggapnya sebagai "kolot dan layu".

Tambahnya, bekas pengerusi Bersatu itu sudah tidak relevan lagi untuk terus berada dalam arus politik negara hari ini.

"Mahathir sudah tidak relevan lagi untuk terus berada dalam arus politik negara hari ini. Mahathir ibarat telefon dail pusing yang wujud di zaman telefon pintar (smartphone).

“Taktik serangan dengan mengimbas masa lalu dan hanya meletakkan segala kesalahan ke atas Anwar adalah taktik lama yang kolot dan layu.

“Corak pemikiran politik beliau sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi sesuai dipraktikkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 13 Nov lalu, media melaporkan Mahathir secara terbuka berkata Anwar tidak layak memegang jawatan perdana menteri.

Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight, Mahathir berkata bekas timbalannya itu tidak mampu mengemudi negara jika berlakunya krisis kewangan, dengan menyorot krisis ekonomi pada 1997 sebagai contoh.

“Kita telah uji kebolehan beliau semasa saya jadi perdana menteri. Saya telah bercuti selama dua bulan (antara Mei dan Julai 1997) dan Anwar dilantik sebagai perdana menteri pada masa itu.

“Terpulanglah kepada kita untuk menilai sama ada dia mempunyai keupayaan untuk mentadbir negara dengan baik.

“Saya tidak tahu penilaian yang akan dibuat oleh rakyat tetapi yang jelasnya dalam krisis kewangan 1997/98 dia tidak berkeupayaan,” katanya dalam wawancara itu.

Mahathir juga mendakwa presiden PKR bersama Pakatan Harapan (PH) tidak mampu untuk merampas kembali kerajaan meskipun dia tiada lagi dalam PH.

Syed Badli berkata, individu yang masih bergantung harap kepada cara politik diamalkan oleh Ahli Parlimen Langkawi itu perlu belajar untuk keluar dari kepompong politik sempit.

“Mahathir sudah membuktikan kebolehannya dalam berpolitik dan jasa beliau kepada negara cukup besar. Namun zaman kegemilangannya sudah tamat.

“Justeru, sudah sampai masanya kita tinggalkan cara politik masa lalu dan bergerak ke arah politik masa kini.” katanya lagi.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Bagus jugak Abam guna Malaun nie yg x tahu hujung pangkal siapa Abam jenis memuja membutatuli

    BalasPadam
  2. JUDI ARAK HARAMMMM editor MR tapis slot judi

    BalasPadam
  3. Tun talipon lama, anuarsurat kabar lama..buat bukusan...

    BalasPadam
  4. Tun telefon lama byk jasa pada rakyat dan negara anuar telefon plastik untuk budak2 main tak berguna langsung

    BalasPadam
  5. berubah ke arah politik matang dan sejahtera

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.