Header Ads

ads header

Flash News

Peragut tumbuk muka wanita ditahan


PETALING JAYA –
Dua peragut yang menjadi buruan polis sejak Sabtu lalu akhirnya diberkas di sebuah hotel di Pudu, Kuala Lumpur hari ini.

Kedua-dua suspek berusia 31 dan 40 tahun itu diberkas pada pukul 2 pagi tadi di lobi hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, hasil pemeriksaan polis merampas pakaian yang digunakan kedua-dua suspek ketika melakukan jenayah ragut di sebuah farmasi di Jalan Gombak, Setapak.

Katanya, hasil siasatan lanjut suspek mengaku telah menjual barang kemas yang disamun kepada pihak ketiga yang kini masih dikesan.

“Semakan lanjut mendapati suspek berusia 31 tahun itu mempunyai 21 rekod jenayah dan dadah manakala rakannya pula mempunyai lima rekod lampau selain dikehendaki polis bagi kes dadah.

“Hasil soal siasat suspek mengaku terlibat dalam kes samun dan curi kenderaan di sekitar Setapak dan Sentul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, kereta jenis Perodua Myvi yang digunakan suspek dilaporkan hilang bersangkut laporan di Cyberjaya.

Menurutnya lagi, permohonan reman terhadap dua suspek itu akan dilakukan hari ini.

Terdahulu, tular rakaman televisyen litar tertutup menunjukkan dua suspek tersebut cuba meragut beg tangan seorang wanita di sebuah restoran di Gombak sejam sebelum meragut serta menumbuk mangsa ragut di sebuah farmasi di Setapak. – K! ONLINE

MR: Sebelum puak AMANAH tumbuk AJK perempuan mereka..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan