Header Ads

ads header

Flash News

Palsu dakwa wajah saya Umno tapi jiwa Bersatu kata Noraini


Dakwaan beberapa pemimpin Umno cenderung menyokong parti lain yang dikatakan ‘berwajah Umno tapi berjiwa Bersatu’ adalah tidak benar sama sekali, kata Ketua Wanitanya Dr Noraini Ahmad.

“Dakwaan ini adalah fitnah dan sengaja disebarkan sebagai cara pihak tertentu untuk merosakkan kepercayaan serta keyakinan rakyat terhadap para pemimpin Umno termasuklah saya sedangkan jiwa saya tetap teguh kepada perjuangan Umno ‘bersatu, bersetia dan berkhidmat’,” katanya kepada Umno Online.

Noraini yang juga menteri pengajian tinggi kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan akan terus mendukung apa-apa keputusan dalam Umno.

Umno Online melaporkan maklum balas Noraini yang juga ahli parlimen Parit Sulong selepas tular grafik yang mendakwa dirinya tidak berjiwa Umno.

Selain Noraini, grafik itu turut memaparkan pemimpin Umno lain iaitu Annuar Musa, Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin.



Mereka didakwa sebagai penyokong kuat Muhyiddin atas beberapa sebab.

Noraini didakwa "selain dekat dengan presiden Bersatu, juga ada 'contact' dengan Azmin Ali dan percaya Azmin akan menjadi perdana menter selepas Muhyiddin."

Grafik yang dikatakan palsu itu juga mendakwa Annuar yang juga setiausaha agung BN sebagai "terlalu pro kepada Muhyiddin," manakala Khairy "bersama PN demi menyelamatkan" kerjaya politiknya.

MR: Sebenarnya ada usaha dalam umno drp mereka yang tak ada tempat bila PAS-UMNO-BERSATU bersama dalam MN. Mereka cuba rosakkan MN dengan pelbagai tuduhan kepada PAS dan pemimpin yang pertahankan MN dan PN. Ini agenda jahat dalam UMNO yang perlu dibenteras.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Golongan terpencil dlm UMNO spt Sang Kelembai,Fuad Jasa,Papanakgomol,ExMBJDT,Brother KholdCaslberg,SabberyExS46.KuliGM,AdamSiBodek Rosmah dll Kaji Ampu Jibby n Wak Jahid

    BalasPadam