Penyanyi M. Daud Kilau dikejarkan ke hospital selepas alami sesak nafas
KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau dikejarkan ke Hospital Teluk Intan, pada Khamis selepas mengalami sesak nafas.
Memetik
laporan portal Utusan Online, anak lelakinya, Ahmad Zaini berkata,
bapanya dimasukkan ke hospital pada pukul 3.15 petang selepas mengadu
sesak nafas sejak malam Rabu.
Katanya, bapanya yang berusia 83 tahun kini berada dalam keadaan stabil namun lemah, menurut portal itu.
Penyanyi itu yang sinonim dengan lagu 'Cek Mek Molek' dan 'Gila Judi' sebelum ini dilaporkan pernah dikejarkan ke hospital beberapa kali akibat masalah kesihatan yang dialaminya.
Astro AWANI sedang mendapatkan perkembangan terbaharu penyanyi itu.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan