Header Ads

ads header

Flash News

Sabah benar akad nikah namun tiada persandingan - Menteri


KOTA KINABALU:
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEINS) membenarkan upacara akad nikah dan pendaftaran perkahwinan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Ariffin Arif berkata apa yang tidak boleh dilaksanakan ketika ini adalah majlis persandingan.

Beliau juga berkata, segala urusan pernikahan perlu dilakukan di pejabat JHEINS dan bukannya di masjid atau rumah.

"Sudah lama boleh... tapi ikut SOP dan upacara akad nikah dibuat di pejabat JHEINS. Di masjid tidak boleh," jelas beliau.

Beliau berkata demikian semasa sidang media pelancaran SOP perkahwinan bagi pasangan muslim di negeri itu pada Khamis di Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Namun begitu, Mohd Ariffin memberitahu kursus praperkahwinan perlu diadakan secara dalam talian atau secara temu duga.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan