Header Ads

Header ADS

PH silap menghentikan operasi JASA selepas ambil alih kerajaan


Aku sebenarnya sejak dulu lagi tidak berapa setuju kerajaan PH menghentikan operasi JASA selepas ambil alih kerajaan pada 2018.

Ini kerana sebagai sebuah kerajaan, mesti ada satu team media yang bagus, strategik dan tersusun untuk salurkan maklumat berkaitan kerajaan kepada rakyat dengan saluran yang berkesan.

namun selepas PH hentikan JASA, jadi apa jadi pada team media PH?
berterabur bagaikan hilang arah tuju.
tak tahu nak buat apa.
tak tahu nak tulis apa.
tak tahu nak ambil maklumat dari mana.
tak tahu maklumat betul ke tidak.
tak tahu nak rujuk maklumat kat siapa.
tak tahu nak hubungi pemimpin mana.
last sekali kelu begitu sahaja.

bertambah parah lagi, apabila aktivis-aktivis PH pergi jumpa Menteri Komunikasi PH, beri cadangan agar PH tumbukan satu unit media, tapi dibakul sampahkan pula cadangan tu.

dan yang paling teruk ialah, kerajaan PH lantik dan beri jawatan pula orang-orang UMNO dan PAS ke dalam agensi dan GLC kerajaan atas alasan "profesionalisme" dan biarkan orang-orang PH begitu sahaja. ini benda paling bangang yang PH lakukan.

lihat apa yang PN buat selepas ambil alih kerajaan.
diorang buang segala penyokong PH dan ganti dengan penyokong mereka.
even cybertrooper PAS pun dihargai dan diberi jawatan dan elaun dalam YADIM.
ada la jugak kerja untuk mereka.

cybertrooper PH dapat apa?
manakala yang jadi pegawai khas menteri-menteri PH pula kebanyakkan dah jadi sombong nak mampos, lebih berlagak dari Menteri pun ada.

jadi bila PN beri peruntukan RM81 juta kepada JASA, secara prinsip asasnya aku sokong 100%, inilah yang sepatutnya sebuah kerajaan lakukan. bukannya jadi bangang macam Menteri-Menteri PH, tak mahu lantik penyokong PH gi lantik penyokong UMNO/PAS pula.

Pastu bila kena khianat dari dalaman mengaduh pula minta simpati dari penyokong PH yang tak dibiarkan tu.

Jadi harapan aku sekiranya PH atau sesiapa sahaja memerintah, jangan mansuhkan JASA tu. Teruskan dan mantapkan lagi fungsi JASA tu.

dan yang paling penting, yang mana pernah jadi menteri di zaman PM7, harap jangan lantik diorang kembali jadi Menteri, beri sahaja peluang kepada orang lain.

Aman Muhammad





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Mimpilah PAKATAN HARAPAN nak KUASAI PUTRAJAYA KEMBALI...PLKN untuk JATIDIRI RAKYAT MALAYSIA hancur PH kerjakan..jangan HARAP DAP akan setuju dengan JASA...kecuali DAP yang sepenuhnya MERANGKA perihal PERJALANAN JASA dalam PAKATAN HARAPAN...AGENDA GERAKKAN SELATAN SENTIASA ADA DIDALAM POLITIK ULTRA KIASU DAP...CONTOH TERBARU..LIHAT SAJA DI THAILAND BARU2 NI...SILA SELIDIK SIAPA YANG GERAKKAN RAKYAT THAILAND TIDAK MAHU RAJA DISANA...

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.