Header Ads

ads header

Flash News

PM minta pemimpin PN, sekutu bersedia sidang Dewan Rakyat kata Azmin


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua barisan pemimpin kerajaan dan parti sekutu Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk menghadapi sidang Dewan Rakyat yang akan bermula esok.

Menurut Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ingatan itu antara perkara yang disampaikan perdana menteri pada pertemuan bersama barisan kepimpinan politik PN hari ini.

“Perjumpaan ini hanya mesyuarat pra-majlis melibatkan ketua whip, dan perdana menteri memaklumkan kami perkembangan terkini dan kami perlu bersedia untuk sesi (Parlimen) yang akan berlangsung,” kata Mohamed Azmin yang juga Ketua Whip Kerajaan PN.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tamat perjumpaan itu yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Azmin bersama Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dilihat meninggalkan venue itu pada kira-kira 5 petang dan hanya melambaikan tangan kepada petugas media yang menunggu di lobi hotel tersebut ketika ditanya mengenai mesyuarat berkenaan.

Pertemuan itu yang bermula pada tengah hari tadi dihadiri Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran.

Ini disusuli perjumpaan dengan semua ketua whip termasuk Mohamed Azmin, Datuk Takiyuddin Hassan (Ketua Whip PAS) dan Datuk Seri Fadhillah Yusof (Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak).

#Sumber :  - Bernama

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan