Header Ads

Header ADS

Polis tahan 4 disyaki terbabit pencemaran bau di Sungai Selangor


PETALING JAYA:
Polis menahan 4 individu, termasuk seorang lelaki Bangladesh kerana dipercayai terbabit dalam pencemaran bau di Sungai Selangor semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata, 4 individu yang terdiri daripada 3 lelaki dan seorang wanita berusia 33 hingga 43 tahun itu ditahan tengah malam tadi hingga awal pagi tadi di Gombak, Damansara serta Kelana Jaya.

Katanya, siasatan awal mendapati wanita itu ialah penama yang didaftarkan dalam Suruhanjaya Syarikat yang menyewa premis No 32 Jalan Velox 2 di Rawang.

“Seorang lelaki dan pekerjanya menumpang stok bahan kimia di premis sewaan tersebut. Dipercayai terdapat aktiviti membuang sisa kimia ke dalam satu lubang kumbahan di dalam premis itu yang disyaki mengalir ke kawasan tercemar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis akan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Selayang pagi ini.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan khianat dengan mendatangkan bencana terhadap perjalanan tali air sehingga menyebabkan susut bekalan air kepada manusia dan haiwan.

Terdahulu, sumber dipetik FMT berkata, pencemaran bau itu dikesan berpunca daripada sebuah kilang di Taman Velox di Rawang yang melupuskan buangan terjadual melalui lurang pembetung di dalam premis dan mengalir ke loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium.

Sumber dalam pasukan siasatan bersama itu berkata, hasil pemeriksaan di kilang itu menemui 40 tangki plastik mengandungi cecair pelbagai warna dan bau seakan-akan bau yang dikesan di loji rawatan kumbahan IWK dan 4 loji rawatan air yang dihentikan operasi semalam.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Zaini Ujang dipetik berkata, pencemaran bau air mentah di Sungai Selangor menyebabkan air loji rawatan kumbahan IWK di Taman Velox bertukar kepada warna merah dan mengeluarkan bau seakan-akan bawang busuk.

Loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas tengah hari semalam yang menjejaskan 1,139,008 akaun pengguna di 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Ini ialah gangguan bekalan air ke-7 yang berlaku di Lembah Klang tahun ini. - FMT





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Spesis sebangsa yakjuj makjuj hanya fikir duit. Bangun pagi hingga tidur hanya persoalan duit yang jadi keutamaan.
    Moral, kebersihan, adab, etika, alam sekitar, tolak ansur...semua tak wujud.
    Cuba perhati bangsa ni, lihat kesan pada alam sekitar, pada kemudahan awam, pada kawasan pelancungan cthnya cameron highland. Semua di rosakkan oleh spesis ini.
    Yang mengajar pribumi rasuah pun asalnya spesis ini.

    BalasPadam
  2. Allah dah beritahu dalam Surah Ar Rum...berlakunya pelbagai bencana dan kerosakan di darat dan laut adalah sebab dan akibat perbuatan tangan tangan manusia itu sendiri. Maknanya bila qias dari ayat berkenaan..segala kerosakan dalam alam ini seperti perkara akhlak, sosial,ekonomi,politik,perundangan dan beragama juga akibat dari tangan tangan manusia yang enggan mematuhi kehendak manual yang telah diturunkan melalui kitab kitab samawi. Manusia seperti ini mewakili perangai dajjal,yajuj makjuz,yahudi,firaun,syaitan,iblis yang semuanya dilaknat oleh Allah kerana perbuatan yang melampaui batas dan di luar batasan norma norma yang ditetapkan oleh Allah.Ianya juga termasuk segala perbuatan manusia ada kena mengena tanpa pengecualian dalam ajaran Islam di semua sudut kehidupan samada ianya skala paling kecil,pertengahan ataupun paling besar. Islam telah memberitahu tanda tanda lebih awal tentang masa lampau,kini dan akan datang ketika manusiawi kini bertuhankan kepada rekaan atau teori sains dan teknologi. Jadi janganlah terkejut bila satu ketika tuhan sains dan teknologi manusia ini juga akan berakhir sepertimana contohkehancuran dajjal serta yajuj majuz bukanlah dengan persenjataan moden seperti misil,bom atom,kapal perang,pesawat dan seumpamanya..tapi tika itu pedang dan tombak akan kembali .

    BalasPadam
  3. HERET PELAKU2 KEMAHKAMAH SECEPAT2NYA..TIADA LAGI TOLAK ANSUR UNTUK PENJENAYAH ALAM SEKITAR...AIR SUNGAI YANG TERCEMAR TU KALAU BOLEH DIBERIKAN PADA PELAKU2 ITU UNTUK DIMINUM MASA DALAM PENJARA..

    BalasPadam
  4. Allah dah beritahu jangan jadikan spesies ni jadi pemimpin kamu. Kamu degil. Kamu ingat kamu lebih bijak daripada Allah. Nah! Rasakan!

    BalasPadam
  5. Dalam Islam, setiap perbuatan yang membawa mudharat kepada alam dunia atau alam langit berserta dengan segala isinya dan tanpa alasan yang dibenarkan oleh Tuhan, maka ianya adalah diharamkan dan tertakluk kepada dosa serta akan dibicarakan di mahkamah Tuhan bila semuanya dibangkitkan selepas kematian.Tidak semua kesalahan manusia mampu dihukum oleh mahkamah dunia maka di sanalah jawapan bahwa setiap perbuatan manusia tidak akan terlepas dari mahkamah Tuhan yang memerintah langit dan bumi serta alam akhirat, ini termasuk semua tuhan tuhan manusia di dunia hari akan turut dibicarakan atau dihukum, termasuk syaitan dan berhala

    BalasPadam
  6. itulah tahap pemikiran, sivik rakyat malaysia...sangat jauh dgn rakyat dinegara maju spt norway, japan, singapore dan lain2 negara maju didunia ini...
    saolah mereka itulah yg mensabotaj kpd seluruh rakyat malaysia...

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.