Header Ads

Header ADS

Syed Saddiq mohon tender komputer riba RM150 juta terbuka, ‘jangan ulang kesilapan lepas’


PETALING JAYA:
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar-Bebas) menggesa proses perolehan komputer riba bagi pelajar bernilai RM150 juta dibuat secara tender terbuka, menyeru kerajaan tidak mengulangi “kesilapan lepas”.

Bekas menteri belia dan sukan itu mengambil contoh komputer riba 1Malaysia untuk guru yang melibatkan peruntukan RM400 juta, mendakwa ia cepat rosak dan akhirnya “dibakul sampahkan”.

“Apa nasib perbelanjaan RM400 juta ini?” katanya di Facebook.

“Komputer riba apa yang akan dipilih? Saya mohon pilih yang terbaik. Bukan spesifikasi yang lemah & cepat rosak.”

Syed Saddiq dalam kenyataan itu berkata beliau mahu bertanyakan adakah proses komputer riba RM150 juta itu melalui tender terbuka atau rundingan terus, semasa perbahasan timbalan menteri pendidikan di Dewan Rakyat.

“Tapi tak dilayan,” tambahnya.

Kerajaan pada 6 Nov lalu mengumumkan sebanyak 150,000 murid di 500 buah sekolah rintis akan menerima komputer riba bagi memudahkan proses pembelajaran dalam talian, yang menjadi amalan ketika pandemik Covid-19.

Bagi merealisasikan bantuan berkenaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan menyumbang RM150 juta.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Zaman dulu tender ppsmi bagi membekal alat komputer diagihkan pada kroni bernilai 1.2b utk fasa 1
    Fasa seterusnya di beri pada time telecom (aku tak nak sebut di bawah sapa masa tu), hingga fasa 4 bernilai ratusan juta setiap fasa

    Masa tu aku kerja kompeni IT sbb tu aku tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya aku kerja Kat TOP IT lepah tu Unit Maklumat neg dlm tahun 1998 hingga 2012 tp aku org kecil sajee kini cuba belajar utk cari sesuap nasi kais hari nie makan esk mkn esk mkn lusa

      Padam
  2. Nape xnk bgtau mse tu muhyiddin yg jd menteri pendidikan.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.