Kerajaan atasi penyebaran berita palsu melalui undang-undang sedia ada
KUALA LUMPUR: Kerajaan komited menangani sebarang berita dan laporan palsu serta penyalahgunaan media sosial melalui undang-undang sedia ada, setakat ini.
Pada
masa sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah
berkata, kerajaan akan terus mengenal pasti pendekatan paling ampuh dan
mapan dalam mengekang penyebaran berita tidak benar.
"Berhubung dengan Akta Anti Berita Tidak Benar, dengan berkuatkuasanya Akta Anti Berita Tidak Benar (Pemansuhan) 2020 (Akta 825) yang baru diwartakan pada 30 Januari 2020, sebarang berita palsu, laporan palsu dan penyalahgunaan media sosial ditangani melalui undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan (Akta 574), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) yang turut mahu tahu mekanisme Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam membendung masalah penyebaran berita palsu terutama berkaitan COVID-19.
Jawapan Saifuddin dibacakan Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Dr Mah Hang Soon selepas Saifuddin dimaklumkan malam tadi bahawa beliau tidak dibenar memasuki Dewan kerana menjalani ujian calitan COVID-19 awal beberapa hari daripada jadual yang ditetapkan Parlimen.
Keputusan ujian Saifuddin adalah negatif.
Sementara itu, Timbalan Menteri Datuk Zahidi Zainul Abidin pula tidak dapat hadir kerana mempunyai janji temu berjadual bersama doktor.
Pada masa sama, Saifuddin berkata, KKMM menyarankan seluruh rakyat untuk bertindak menangani penyebaran berita palsu yang boleh menyebabkan keadaan gusar dan mengancam ketenteraman awam.
"Nasihat dihebahkan melalui pelbagai pesanan khidmat awam dengan mesej 'Tidak Pasti, Jangan Kongsi'," katanya.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, KKMM sentiasa menghebahkan usaha-usaha kerajaan bagi membendung masalah penyebaran berita palsu, terutama berkaitan pandemik COVID-19.
Katanya,
KKMM melalui agensi-agensi berkaitan berterusan memberikan
maklumat-maklumat yang tepat dan tulen berkenaan dasar-dasar kerajaan.
Langkah tersebut termasuk melalui Program Info On Wheels (IOW), media sosial rasmi kementerian, paparan elektronik serta penerbitan risalah.
Akta Antiberita Tidak Benar dibentangkan di Parlimen pada 2018, sebelum diluluskan pada 2 April tahun sama, dengan pindaan terhadap hukuman penjara daripada maksimum 10 tahun kepada enam tahun.
Akta itu bagaimanapun dimansuhkan apabila Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14.
Pemansuhan itu diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Ogos 2018 menerusi Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018. - Astro
MR : Geng PH tak suka akta ini
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tangkap n dakwa mrk lepahbjatuh hukum kalo blhlah jd pembantu Frontlines yg sesuai dgn kelayakan n kemampuan
BalasPadam