Header Ads

Header ADS

Yang Membezakan Adun Kelantan Vs Adun Negeri Lain!


Pemimpin PAS terutama ADUN atau MP sejak dulu menggunakan duit sendiri untuk kebajikan rakyat. Sakit demam rakyat, kematian hingga ke rumah terbakar atau ditimpa pokok.

Dulu jarang rakyat minta duit untuk kebajikan kerana rakyat tahu ADUN atau MP PAS tiada duit dan peruntukan. Gaji mereka tidak cukup untuk layan semua pengundi. Lalu memahami LARAS HIDUP MASYARAKAT KELANTAN, kerajaan Kelantan menaikkan gaji ADUN kerana Kerajaan negeri sedar duit gaji itu akan kembali kepada rakyat.

Berbeza dengan ADUN atau MP negeri lain yang hanya menyalur bantuan secara agensi atau kemudahan yang diberikan wakil rakyat.

Sejak rakyat tahu KELANTAN SUDAH KAYA DAN DAPAT DUIT ROYALTY MINYAK, angka memohon bantuan berlipat ganda. Anak masuk Universiti hinggalah kecemerlangan peperiksaan.

Penghulu akan melaporkan kepada Pejabat ADUN jika ada kematian atau maslahah seperti kebakaran.
Bayangkan jika sebulan sahaja ada 20 kematian, tentu duit gaji ADUN melayang RM2K. Bulan MAC musim result periksa SPM dan STPM. Perlukan duit lagi kerana seluruh dunia tahu ANAK ANAK KELANTAN sentiasa mencatat Kecemerlangan Terbaik di Malaysia.

Bulan JULAI perlukan wang lagi untuk insentif masuk universiti. Tiada siapa boleh nafikan bahawa DI MANA SAHAJA UNIVERSITI, RAKYAT KELANTAN ADALAH STUDENT MAJORITI.

Lalu bagi yang memahami, Gaji ADUN KELANTAN sepatutnya bukan sekadar RM3-5K atau RM7K. Gaji ADUN KELANTAN seharusnya lebih mahal daripada Selangor. Sesuai RM15K -20K. Selangor sepatutnya bayar rendah kerana ADUN nya TAK KENAL MATA HIDUNG RAKYAT. Tak caya cuba tunjukkan penghuni tingkat 15 yang ADUN SELANGOR KENAL?

Berbeza dengan Kelantan yang bercorak kampung di mana ADUN mengenali setiap pengundi dan menjaga kebajikan mereka. Sebab itulah pengundi di Selangor mudah menukar wakil rakyat berbanding kepayahan menukar wakil rakyat di Kelantan apalagi bila hati budi wakil rakyat disenangi rakyat.

Dengan hasil petroleum telah dibayar kini oleh GOV PN hasil kebijaksanaan PRESIDEN PAS TG HADI AWANG, kita yakin bayaran gaji untuk ADUN KELANTAN hanya peratusan kecil daripada pendapatan negeri apalagi duit itu akan sampai juga kepada rakyat dalam bentuk bantuan kebajikan.

Bagi yang memahami laras kehidupan rakyat Kelantan, kenaikan gaji WAKIL RAKYAT BUKAN SATU ISU!

Amka Amat





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Buat terbaik kerana Allah jgn dilayan langau2

    BalasPadam
  2. maka berkata orang2 menyalahkan kerajaan kelantan konon tidak perhatin rakyat kelantan, tapi depa tak fikir berpuluh2 tahun menteri2 kelantan diberi gaji paling rendah berbanding lain2 negeri, tak merungut sebalik berbakti membantu rakyat yang itu depa tak fikir, kalu orang2 itu mempunyai hati perut dan perasaan rasa tak adil, mengapa tak syor saja semua menteri2 gaji diturun setaraf menteri2 kelantan, baru tak akan orang berkata tak siapa dianiaya

    BalasPadam
  3. Betul la kata org org dulu,hanya org dikawasan tersebut je yg tahu apa yg YB kawasan dia buat. Jadi org Kelantan kau jaga lah kerajaan ini. Aku org luar,bukan org Kelantan, tp kalu demo nk suruh kawe kecet Kelate bare ke😅😅

    BalasPadam
  4. Betul tu,tetapi saya beritahu pada anak siapa diantara kamu ingin menjadi wakil rakyat pilih wakil pas kerana lima tahun sekali berjumpa dengan rakyat.

    BalasPadam
  5. Kalau nak halalkan cara seribu alasan boleh dicari. Bila nk pakai merc pun cari alasan kononnya nabi pun guna unta yg baik. Tp tk cerita pula nabi dapat unta drpd mana, beli dari duit baitulmal ke @ dpt dari harta rampasan ke @ atau ada org yg hadiahkan. Yg pasti nabi tak guna duit rakyat drpd cukai utk naik gaji atau beli merc. Tengok zaman saidina umar, wpun sbg pemimpin no.1 dgn harta kekayaan negara yg begitu banyk hasil ghanimah perang dgn jajahan takluk yg begitu luas tp masih pakai baju yg bertampal sbgmana sirah waktu pembukaan palestin. Sirah juga menyebut gabnur saidina umar termasuk dlm senarai asnaf penerima zakat wpun harta negara cukup banyak. Kenapa kita nak riak dgn menggunakan duit rakyat utk ziarah kematian atau bagi sumbangan. Kenapa peruntukan kenaikan gaji tdk dimasukkan dlm tabung kebjikan. Rasanya peruntukan setiap dun sudahpun ada iaitu rm250k. Jgn lah ulama mengajar sift riak yg membakar segala amal kebjikan malahan akan mendapat siksa. Jgn sampai akan digelar sbg ulama su' sbgmana kata2 hatim kpd seorg kadhi yg bermewah dgn harta dunia.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.