Header Ads

Header ADS

KPM Arah Tutup semua sekolah hingga Jan 2021


Semua sekolah yang ditadbir Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - termasuk di negeri yang tidak dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat - akan ditutup mulai esok sehingga hari akhir persekolahan.

Perkara itu diumum Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin pada pagi ini.

Katanya pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan mulai esok menyebabkan 74 peratus sekolah di bawah KPM ditutup.

Hanya sekolah di Kelantan, Perlis, Pahang dan Sarawak yang tidak terkesan dengan pelaksanaan PKPB berkenaan.

Justeru kata Radzi KPM mengambil keputusan untuk menutup semua sekolah kelolaan mereka sehingga hari akhir jadual persekolahan yang ditetapkan sebelum ini iaitu 17 Dis (bagi negeri yang bercuti Jumaat dan Sabtu) atau 18 Dis (di negeri cuti Sabtu dan Ahad).

Pun begitu, kata menteri kanan terbabit, proses pengajaran dan pembelajaran akan diteruskan melalui kaedah atas talian atau home-based learning (pembelajaran di rumah) mengikut kesesuaian pelajar.

"Langkah ini diambil bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian wabak Covid-19," katanya pada sidang media diadakan sebentar tadi.

Tambah Radzi, sepanjang penutupan tersebut juga semua guru perlu kekal berada di tempat mereka sepatutnya bertugas.

Bagi murid yang tinggal di asrama pula, kata senator itu, ibu bapa atau penjaga perlu mengambil mereka untuk pulang ke rumah masing-masing.

"Bagaimanapun murid boleh terus kekal berada di asrama sementara menunggu untuk diambil oleh ibu bapa atau penjaga.

"Sepanjang tempoh tersebut murid akan berada di bawah pengawasan warden asrama.

"Keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah," katanya.

"Sepertimana Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan 2021 yang diumumkan sebelum ini, penggal persekolahan akan bermula pada 20 Jan 2021.

"Semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh tersebut.

"Bagi sekolah menengah pula, murid tingkatan satu, tingkatan empat, tingkatan lima dan Tingkatan enam serta semua murid kolej vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada tarikh yang sama," katanya.

Menurut Radzi lagi murid tingkatan dua dan tingkatan tiga akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara home-based learning mengikut kesesuaian guru dan murid.

"Mereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.