Header Ads

ads header

Flash News

Arab Saudi benar pesawat negara haram Israel guna laluan udara


RIYADH, 15
Rabiulakhir 1442H, Selasa – Arab Saudi membenarkan kapal terbang negara haram Israel melalui ruang udaranya bagi penerbangan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), menurut media rejim pengganas.

Walaupun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tidak kukuh, Arab Saudi pada Isnin dilaporkan membenarkan pesawat Israel memasuki ruang udaranya untuk penerbangan ke UAE.

Media Israel mendakwa, pentadbiran Tel Aviv meminta Washington untuk meyakinkan Arab Saudi supaya membenarkan laluan ruang udaranya, dan ia mendapat kebenaran daripada kerajaan negara itu.


Kebenaran itu secara tidak langsung memendekkan jarak penerbangan dari Israel ke UAE – yang bermula sejak bulan ini.

Laporan media tempatan mendakwa, permit itu hanya sah untuk UAE dan syarikat Israel tidak dibenarkan menggunakan ruang udara Arab Saudi bagi penerbangan ke negara lain.

Pada Oktober, Penguatkuasa Penerbangan Awam UAE menandatangani perjanjian dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Israel bagi tujuan perkhidmatan pengangkutan udara antara kedua-dua negara.

Hubungan antara UAE dan Israel kuat sejak keduanya menandatangani perjanjian diplomatik membabitkan sektor pelaburan, perdagangan, sains dan teknologi yang dipengerusikan oleh Ameria Syarikat (AS).

Tindakan itu mendapat kecaman meluas daripada rakyat Palestin, yang menyifatkan kerjasama itu mengkhianati kepentingan dan perjuangan mereka.- Agensi



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan