Azmin rancang ambil alih kuasa sejak 2019 kata DAP
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebenarnya sudah merancang untuk merampas kuasa dan memecah belahkan Pakatan Harapan, seawal Oktober 2019 sebelum langkah Sheraton berlaku.
Senator dari DAP, Liew Chin Tong mendakwa, Menteri Kanan Perikatan Nasional (PN) itu berbuat demikian kerana mahu menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Katanya, rancangan Azmin itu dibantu oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk
Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein dalam usaha membentuk kerajaan baru.
“Rancangan mereka pada Oktober 2019 adalah untuk menggerakkan kerajaan perpaduan Melayu dengan sokongan kumpulan Hishammuddin (17), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (18) dan Pas (18) untuk menjadikan jumlah mereka sebanyak 53.
“Jumlah berkenaan diperlukan untuk menggantikan AMANAH (11) dan DAP (42).
“Objektif utama adalah menggunakan 53 Ahli Parlimen dari kumpulan Hishammuddin, GPS dan Pas untuk menggantikan DAP dan AMANAH yang hanya mempunyai 53 Ahli Parlimen, dan menutup peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri,” kata Pengarah Strategi DAP itu dalam catatan blognya hari ini
Liew berkata, serangan berterusan terhadap DAP juga digerakkan
bertujuan menjadikan Pakatan Harapan tidak dapat bertahan bersama yang
bermula dengan Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober 2019.
Menurutnya, Azmin percaya bahawa ketika DAP dan AMANAH keluar dari
perkiraan, dia akan dapat mengawal sebahagian besar Ahli Parlimen PKR
sehingga tidak ada lagi yang akan menyokong Anwar sebagai PM.
Pada 14 Oktober 2019, akhbar New Straits Times menerbitkan idea
Hishammuddin Hussein untuk menubuhkan “Bangsa Malaysia” tanpa DAP dan
AMANAH.
Tetapi pada masa itu, Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir tidak berminat dengan langkah tersebut.
Kata Senator itu lagi, sebilangan besar daripada Ahli Parlimen PH sudah menyedari plot Azmin-Hamzah-Hishammudin ketika itu dan rampasan kuasa gagal selepas Majlis Setiausaha PH mendedahkan rancangan mereka tepat pada waktunya.
Bagaimanapun katanya, PH gagal menghalang rampasan kuasa pada 23 Februari 2020 ketika Muhyiddin mengesahkan rancangan itu dan Zahid membawa seluruh blok Umno ke meja rundingan dan menegaskan bahawa dia adalah satu-satunya wakil yang bercakap untuk Umno.
“Mereka menganggap Shafie Apdal dan Mahathir akan menyokong, dan
kerajaan langkah Sheraton yang baru akan memerintah dengan
sekurang-kurangnya 125 kerusi, jika bukan 130 kerusi. Tetapi mereka
terkejut ketika Mahathir dan Shafie enggan dikaitkan dengan rancangan
berkenaan.
“Sejak itu, kerajaan langkah Sheraton hanya dapat memerintah dengan majoriti kurang dari lima kerusi.
“Ketika negara terus terpengaruh oleh langkah Sheraton, lebih banyak cerita akan muncul untuk membersihkan konspirasi. Inilah masanya untuk kita mengenali dan mendokumentasikan apa yang sebenarnya telah berlaku,” katanya lagi.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
BERAMBOSlah lu DAP bangkai PENJAJAH Zionis PARASIT! So what?! Baik lu MAMPOS sh. SELAMAnya DAP bangkai oi!!
BalasPadamTapi YAM DS Hishamuddin -tolong JANGAN terpengaruh dgn. IDEOLOGI rasis, fasis & penipu DAP bangkai 'bangsa Malaysia' - kerana ideologi ni berMOTIF Iblis ZIONIS utk. mengHAPUSkan HAK/IDENTITI/SEJARAH/WARISAN bangsa BUMIPUTERA kita (mcm. terhdp. bangsa BUMIPUTERA Palestin Islam/Katholik oleh rejim PENGGANAS Zionis ISrael/US/UK), yg. kesemua aspek ini diRANGKUMI di bawah "KEDUDUKAN ISTIMEWA" dlm. UNDG2 PERLEMBAGAAN 153 kita!!
Padammengapa tak cerita saja dapig rancang ambil alih kuasa sejak 2017/2018 dengan merancang menubuhkan parti amanah untuk melumpuhkan parti pas yang menjadi penghalang kepada dapig
BalasPadamLCTong tiada guna, Rakyat pun tahu x payah susah2 nak mengimbau Sejarah Kelat HAKIKATnya tanpa PANDAP,Tanahairku Aman
BalasPadam