Header Ads

ads header

Flash News

Arak bukan kebudayaan masyarakat, nak minum tak apa tapi jangan bawa kerosakan kepada orang lain


Saya dijemput oleh Pemuda PAS Perak untuk forum mengenai arak malam Sabtu ini, secara online.
Pandangan saya mengenai arak adalah sebegini.

Ada sekali Januari tahun Ini Saya melawat rakan Saya yang Baru dikurniai seorang cahaya Mata di sebuah hospital di Ipoh.

Sewaktu keluar, terdapat dua kumpulan orang di pintu masuk. Mereka menjerit dan nyaris bertembung nak melawan. Pak Cik securiti pun payah nak tenteramkan keadaan. Ya. Semua berbau arak, dan bau tu kuat sangat.

Saya menampil dan menjerit “ Kalau nak gaduh, keluar, sini hospital tahu ! ? “

Wow, mereka Terus mengepung saya, mengugut, kata nak Pukul Saya, suruh Saya Jangan campur tangan hal rumah tangga.

Saya pun jawab balik “ hal rumah tangga ke , hal peribadi ke, selesai di luar, Kalau Kamu semua buat hal di Hospital, Saya panggil polis”

Ada juga seorang nak menumbuk Saya. Nasib baik pak Cik sekuriti itu menahan dan membawa Saya masuk, sambil berterima kasih kepada saya.

Nasib baik diaorang tak Pukul Saya. Kalau diaorang menumbuk Saya, saya akan saman mereka Sampai mereka muflis, dan lapor polis Sampai mereka didakwa masuk penjara.

Bila orang mabuk, diaorang dah hilang akal.

Saya pernah minum arak. Beer, Wine, Whiskey, Voldka, Rum, Chinese Rice Wine, Sake, semua Saya pernah try. Biasanya minum sewaktu bekerja di China, HK, di rumah. Waktu “ dining session “ di Lincoln’s inn, ada minum Wine dan Port ( Perlu menghadiri 12 dining session untuk berkelayakan sebagai Barrister ( Peguam ) di UK)

Malangnya, dan bertuahnya, Saya tidak suka. Kemabukan, Kepanasan, hangover tu semua Saya tak suka.

Dia macam Kamu try durian, Kalau suka maka suka, Kalau tak suka tanya pun tak tahu macam mana nak jawab.

Satu dunia pun minum arak termasuk Negara-Negara Timur Tengah. Tetapi itu bukan point utama.

Point utama adalah kerosakan Arak terhadap kesihatan diri, keluarga dan keselamatan orang lain.
Kalau Kamu minum di Rumah seorang-seorang, minum Sampai mabuk, muntah, Sampai tenggelam dalam kolam air pun tak ada orang penduli.

Kalau Kamu Jenis yang minum tak mabuk, tipsy, Lepas tu tidur, itu OK bagi Kamu.

Tetapi masalahnya di Negara kita, Bila Kamu Mabuk dan kacao orang lain.

Sejak PKP, dah ada beberapa kes pemandu mabuk Langgar Sampai orang mati. Orang yang mati tu polis yang pertahankan kita, orang yang mati tu bapa yang menyara kehidupan keluarga.

Nyawa mereka bernilai berapa bagi Kamu yang minum mabuk memandu ?

Saya menerima beberapa permintaan Bantuan guaman. Isteri dipukul suami sewaktu mabuk, nak cerai pun takut.

Bila Kamu gila mabuk Pukul bini Pukul anak, Siapa yang cedera ? Esok bila dah waras Baru nak minta maaf. Sorry, ketakutan yang menusuk ke dalam jiwa isteri dan anak sudah tidak boleh dipadamkan.

Kamu adalah syaitan buat selama-lamanya.

You nak cakap saya pengkhianat Cina ke, podek Melayu ke, suka hati.

Saya Cina, minum Sampai mabuk tu bukannya semua orang Cina Boleh menerima.

Saya Agama Buddha. Dalam 5 Panchasila Agama Saya, memerlukan Saya menghindari arak. Sami-Sami semua langsung tidak boleh minum arak.

Jangan bagi alasan kebudayaan. Kebudayaan apa-apa pun tidak membenarkan Kamu mabuk dan kacao orang lain. Kalau ada kebudayaan sebegini, maka kebudayaan itu harus dibuang dan diperbetulkan dalam masyarakat modem ini.

Orang Malaysia adalah waras dan rasional. Kalau sekadar minum untuk upacara, minum untuk hiburan tanpa kacao orang lain, Melayu Muslim Boleh menerima.

Tetapi kian banyak kes mabuk kacao orang, Pukul orang, Langgar orang Sampai mati.

Itulah yang kami semua tidak Boleh menerima . Kamu kata, DBKL ini tidak adil kerana perketatkan penjual arak keras, dan Kamu tidak lah minum mabuk kacao orang, cuma segelintir yang berbuat demikian.

Sama lah, di Malaysia kita tidak boleh membawa parang besar di tempat awam. Bukannya Saya pernah guna parang untuk mencederakan orang pun. Habis, nak bagi bawa parang ke tak ?

Bagi saya, seorang yang meminum mabuk Di tempat awam, termasuk memandu, adalah seperti memegang parang dan berjalan Di tempat awam.

Kita kena asingkan arak dan kepadahannya. Selagi meminum arak membawa kerosakan kepada orang lain, selagi orang Malaysia tidak akan bersetuju ianya dijual dengan senang.

Selagi banyak kes mabuk kacao orang, selagi orang Malaysia nak arak diharamkan.
Keputusanya Terpulang kepada anda .

Terima kasih

Ulasan Apek Cina





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: