Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan yang kurang kuat di dewan sebenarnya baik untuk rakyat


Sebenarnya, Kalau bukan Covid, komposisi kerajaan dan dewan sebegini adalah PALING baik untuk rakyat.

1.) Pembangkang yang kuat, seramai 100 lebih daripada 222
2.) Parti-Parti Kerajaan yang sekadar bekerjasama, dan bukan sekutu ( PN + BN + DLL )

Kalau kerajaan melakukan sesuatu yang rakyat tidak setuju, mekanisma pertama adalah Barisan Backbencher BN ( Ahli Parlimen BN yang tidak berada dalam Jemaah Menteri ).

BNBBC akan memantau kerajaan PN + BN. kalaulah tidak memenuhi kehendak rakyat dan kebaikan Negara, BNBBC boleh je menarik balik sokongan dan kerajaan mesti mengakur kepada kehendak rakyat.

Namun BNBBC berkemampuan untuk mengugut Kerajaan PN + BN untuk kepentingan diri - sendiri. Itu, rakyat akan nampak dengan Mata dan memberikan pengajaran yang sewajarnya pada PRU akan datang.

Barisan pembangkang PH + yang kuat juga memastikan kehadiran di Parlimen adalah tinggi, dan dengan pantauan rakyat melalui media sosial, dan media tradisional, masing-masing akan cuba sedaya upaya untuk membuktikan kebaikan mereka.

Dengan PH + yang juga pecah dalaman, tidak semestinya kesemua Ahli parlimen PH akan membantah usul kerajaan demi “ membantah segalanya “ sahaja.

Dalam keadaan yang kurang stabil ini, kehendak rakyat seperti Pengeluaran akaun 1 KWSP dan moratorium dapat dilaksanakan. Kalau kerajaan kuat sangat, maka ini mungkin tidak akan terjadi.

Sekarang, kesemuanya polisi akan mengutamakan rakyat Sebab rakyat betul-betul boss dalam keadaan ini. Mana-mana Ahli politik yang ingin melakukan rasuah juga harus berfikir dengan berhati-hati, pantauan pembangkang yang kuat, dan rakyat back-up SPRM.

Tuanku juga akan selesaikan deadlock politik antara kerajaan dan pembangkang.

Dalam keadaan sebegini, yang paling berkuasa adalah Rakyat dan Tuanku.
I really like this . We are the boss ! Yay !

Ulasan Apek Cina





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: