Header Ads

ads header

Flash News

Belanjawan 2021 lulus dengan majoriti tiga undi 111-108


Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 selepas bacaan ketiga.

Ia dijalankan melalui undi belah bahagi dengan 111 ahli parlimen menyokong, dan 108 MP menentang, dengan seorang lagi tidak hadir.

Undi belah bahagi pada peringkat jawatankuasa sebelum itu juga berakhir dengan 111-108, dengan satu ahli parlimen tidak hadir.

Ahli Parlimen yang tidak hadir itu dipercayai adalah Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).

Rang undang-undang Perbekalan itu kini akan dibentangkan di Dewan Negara untuk dibahaskan dan diundi.

Dewan Rakyat kini mempunyai 220 anggota berikutan kematian dua Ahli Parlimen (Gerik dan Batu Sapi). Oleh itu, 111 undi adalah diperlukan untuk majoriti mudah.

Sebelum ini, Dewan Rakyat juga meluluskan peruntukkan Kementerian Pendidikan, dan Kementerian Pendidikan Tinggi dengan undi suara.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Antara Titah Yang Di-Pertuan Agong Dan ‘Titah’ Setiausaha Keadilan, Amanah Dan DAP..Pembangkang yang jelas KHIANAT dan TOLAK MANDAT RAKYAT utk mengagalkan BELANJAWAN 2021..pembangkang telah jatuh KEMALUAN tetapi TETAP tiada RASA MALU pada YDPA dan rakyat...ALHAMDULILLAH urusan Negara DImudahkan ALLAH...TOLONG jangan salahkan LEBAI lagi.

    BalasPadam
  2. lepas ini mungkin lembaran baru 3 BEDUL MazeigWAR akan muncul pula utk bergabung Agenda rampas kuasa kerajaan Beta YDPA...MEROYAN terus di TG RAMBUTAN / TAMPOI /PULAU JERJAK

    BalasPadam