Header Ads

ads header

Flash News

Jika UMNO tanding sendiri di Perak mampukah UMNO bentuk kerajaan?


Meneliti keputusan PRU 14 bagi kerusi-kerusi DUN Perak, walaupun UMNO menang di 27 kerusi DUN, tetapi UMNO sebenarnya hanya menang mutlak di 5 kerusi sahaja, iaitu:

1. Dato' Tarmizi Idris, ADUN N3 Kenering, yang memperolehi 7,379 undi, yang akan menang dengan majoriti 1,436 undi jika undi calon PAS (4,111 undi) dan undi calon PH (1,832 undi) digabungkan (5,943 undi).

2. Dato' Hj. Mohd Zolkafly Bin Hj. Harun, ADUN N21 Lintang, yang memperolehi 10,605 undi, yang akan menang dengan majoriti 1,122 undi jika undi calon PAS (3,460 undi) dan undi calon PH (6,023 undi) digabungkan (9,483 undi).

3. Dato' Shahrul Zaman Bin Dato Yahya, ADUN N53 Rungkup, yang memperolehi 6,529 undi, yang akan menang dengan majoriti 639 undi jika undi calon PAS (2,430 undi) dan undi calon PH (3,460 undi) digabungkan (5,890 undi).

4. Dato' Haji Saarani Mohamad, ADUN N4 Kota Tampan, yang memperolehi 5,183 undi, yang akan menang dengan majoriti 468 undi jika undi calon PAS (2,881 undi) dan undi calon PH (1,834 undi) digabungkan (4,715 undi).

5. Salbiah Binti Mohamed, ADUN N2 Temengor, yang memperolehi 5,716 undi, yang akan menang dengan majoriti 129 undi jika undi calon PAS (3,888 undi) dan undi calon PH (3,806 undi) digabungkan (7,694 undi).

Sebaliknya, di 22 kerusi lain, jumlah undi yang diperolehi oleh calon-calon UMNO yang menang tidak mencecah separuh pun daripada jumlah undi keseluruhan di mana:

1. Mohd Kamaruddin Bin Abu Bakar, ADUN N13 Kuala Sepetang, yang memperolehi 8,993 undi, akan kalah dengan majoriti 5,967 undi jika undi calon PAS (6,296 undi) dan undi calon PH (8,664 undi) digabungkan (14,960 undi).

2. Datuk Mohd Azhar Bin Jamaluddin, ADUN N56 Changkat Jong, yang memperolehi 11,216 undi, akan kalah dengan majoriti 5,767 undi jika undi calon PAS (5,834 undi) dan undi calon PH (11,149 undi) digabungkan (16,983 undi).

3. Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud, ADUN N14 Changkat Jering, yang memperolehi 8,818 undi, akan kalah dengan majoriti 4,277 undi jika undi calon PAS (6,199 undi) dan undi calon PH (6,896 undi) digabungkan (13,095 undi).

4. Mohamad Noor Bin Dawoo, ADUN N12 Selinsing, yang memperolehi 5,167 undi, akan kalah dengan majoriti 3,919 undi jika undi calon PAS (5,070 undi) dan undi calon PH (4,016 undi) digabungkan (9,086 undi). 97

5. Dr Jurij Bin Jalaludin, ADUN N20 Lubok Merbau, yang memperolehi 4,908 undi, akan kalah dengan majoriti 3,770 undi jika undi calon PAS (4,499 undi) dan undi calon PH (4,179 undi) digabungkan (8,678 undi). 409

6. Dato' Sham Bin Mat Sahat, ADUN N10 Alor Pongsu, yang memperolehi 6,556 undi, akan kalah dengan majoriti 3,433 undi jika undi calon PAS (5,394 undi) dan undi calon PH (4,595 undi) digabungkan (9,989 undi). 1,162

7. Mohamad Zuraimi Bin Razali, ADUN N35 Manong, yang memperolehi 6,267 undi, akan kalah dengan majoriti 3,433 undi jika undi calon PAS (4,004 undi) dan undi calon PH (5,696 undi) digabungkan (9,700 undi).

8. Datuk Khairuddin Bin Tarmizi, ADUN N54 Hutan Melintang, yang memperolehi 10,961 undi, akan kalah dengan majoriti 2,409 undi jika undi calon PAS (3,150 undi) dan undi calon PH (10,220 undi) digabungkan (13,370 undi).

9. Maslin Sham Bin Razman, ADUN N34 Bukit Chandan, yang memperolehi 5,929 undi, akan kalah dengan majoriti 2,279 undi jika undi calon PAS (2,743 undi) dan undi calon PH (5,465 undi) digabungkan (8,208 undi).

10. Khairul Shahril Bin Mohamed, ADUN N40 Bota, yang memperolehi 7,411 undi, akan kalah dengan majoriti 2,248 undi jika undi calon PAS (5,589 undi) dan undi calon PH (4,070 undi) digabungkan (9,659 undi).

11. Dato' Zainol Fadzi Bin Paharudin, ADUN N49 Sungai Manik, yang memperolehi 9,265 undi, akan kalah dengan majoriti 2,132 undi jika undi calon PAS (4,071 undi) dan undi calon PH (7,326 undi) digabungkan (11,397 undi).

12. Dato' Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi, ADUN N43 Tualang Sekah, yang memperolehi 8,767 undi, akan kalah dengan majoriti 2,063 undi jika undi calon PAS (3,162 undi) dan undi calon PH (7,668 undi) digabungkan (10,830 undi).

13. Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir, ADUN N52 Pangkor, yang memperolehi 8,378 undi, akan kalah dengan majoriti 2,012 undi jika undi calon PAS (3,638 undi) dan undi calon PH (6,752 undi) digabungkan (10,390 undi).

14. Datuk Mohd Khusairi Bin Abdul Talib, ADUN N58 Slim, yang memperolehi 8,327 undi, akan kalah dengan majoriti 1,920 undi jika undi calon PAS (4,103 undi) dan undi calon PH (6,144 undi) digabungkan (10,247 undi).

15. Dato' Abd Manaf Bin Hashim, ADUN N36 Pengkalan Baharu, yang memperolehi 6,312 undi, akan kalah dengan majoriti 1,157 undi jika undi calon PAS (2,781 undi) dan undi calon PH (4,688 undi) digabungkan (7,469 undi).

16. Dato' Samsudin Bin Abu Hassan, ADUN N48 Ayer Kuning, yang memperolehi 9,141 undi, akan kalah dengan majoriti 906 undi jika undi calon PAS (2,993 undi) dan undi calon PH (7,054 undi) digabungkan (10,047 undi).

17. Dato' Dr. Muhammad Amin Bin Zakaria, ADUN N7 Batu Kurau, yang memperolehi 6,168 undi, akan kalah dengan majoriti 743 undi jika undi calon PAS (3,860 undi) dan undi calon PH (3,051 undi) digabungkan (6,911 undi).

18. Jamilah Binti Zakaria, ADUN N15 Trong, yang memperolehi 5,139 undi, akan kalah dengan majoriti 648 undi jika undi calon PAS (3,241 undi) dan undi calon PH (2,546 undi) digabungkan (5,787 undi).

19. Dato' Zainun Bin Mat Noor, ADUN N19 Chenderoh, yang memperolehi 5,546 undi, akan kalah dengan majoriti 574 undi jika undi calon PAS (2,944 undi) dan undi calon PH (3,176 undi) digabungkan (6,120 undi).

20. Datuk Dr Wan Norashikin Binti Wan Noordin, ADUN N50 Kampong Gajah, yang memperolehi 11,026 undi, akan kalah dengan majoriti 516 undi jika undi calon PAS (7,681 undi) dan undi calon PH (3,861 undi) digabungkan (11,542 undi).

21. Dato' Haji Aznel Bin Haji Ibrahim, ADUN N1 Pengkalan Hulu, yang memperolehi 5,716 undi, akan kalah dengan majoriti 336 undi jika undi calon PAS (3,341 undi) dan undi calon PH (2,711 undi) digabungkan (6,052 undi).

22. Khairudin Bin Abu Hanipah, ADUN N39 Belanja, yang memperolehi 5,879 undi, akan kalah dengan majoriti 142 undi jika undi calon PAS (3,150 undi) dan undi calon PH (2,871 undi) digabungkan (6,021 undi).

Dapat dilihat daripada keputusan PRU 14 bagi kerusi-kerusi DUN Perak ini bahawa pesaing terkuat UMNO di 12 kerusi DUN yang dimenangi olehnya ialah PAS, di mana PAS umpamanya hanya memerlukan 97 undi, 409 undi dan 1,162 undi sahaja untuk mengalahkan UMNO di kerusi N12 Selinsing, kerusi N20 Lubok Merbau dan kerusi N10 Alor Pongsu.

Silap besar jika UMNO ketepikan PAS di Perak sedangkan kerjasama UMNO dengan PAS akan membantu UMNO mencapai kemenangan mutlak di kerusi-kerusi ini selain merampas kembali kerusi-kerusi yang ia kalah dalam PRU 14 lalu manakala jika UMNO ketepikan PAS di Perak kerusi-kerusi yang ia menang dalam PRU 14 lalu pun belum tentu akan terjamin.

Kamarul Yusoff





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


18 ulasan:

  1. Parti nasionalis sembang lebat sehinggakan babi pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak. Sudah kalah dalam PRU lepas pun puak nasionalis masih tidak sedar diri lagi.

    Jika puak nasionalis memenangi beberapa prk dengan bantuan parti Islam dll, tanpa bantuan dan sokongan parti Islam dll parti nasionalis mungkin akan kalah dalam pru yg akan datang.

    Pisang mungkin akan berbuah dua kali dan sejarah akan berulang lagi jika parti nadionalis berani mengkhianati sekutu-sekutunya dengan main kayu tiga dengan puak kafir harbi dan khadam liberal mereka yang memusuhi kaum Melayu Islam.

    Kemana perginya slogan konon membela nasib kaum Melayu jika parti nasionalis sendiri berkasih sayang dengan puak kafir harbi dan khadam liberal mereka yang bersikap rasis terhadap kaum Melayu Islam ???

    Jika parti nasionalis mahu mendapatkan sokongan rakyat, sila pecat dan buang semua pemimpin nasionalis yang terlibat dalam pelbagai skandal yang merugikan rakyat dan negara. Parti nasionalis perlu dibersihkan supaya sekutu dan rakyat percaya pada parti nasionalis.

    Slogan letak beruk bertanding pun boleh menang sudah ketinggalan zaman kerana letak orang pun parti nasionalis tetap kalah dalam pru lepas.

    BalasPadam
  2. Kita skrg bukan nak cakap kalau UMNO nak bertanding solo, Bersatu nak bertanding solo, PAS nak bertanding sendiri. Tak perlulah nak mengapi-apikan pepecahan. Kita Cari jalan penyatuan ummah melayu. Kalau semua rasa just nak bertanding solo, alamatnya geng dapigs akan berkuasa semula. Masalahnya ummat melayu Kita ni, takde roh keislaman. Kuasa yg ada tu, tidak dianggap sebagai amanah dari Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukankah tindakan umno menggulingkan sekutu sendiri di Perak satu bentuk mengapi-apikan perpecahan pakatan Melayu Islam ?

      Bagaimana tindakan mengkhianati sekutu sendiri boleh membentuk penyatuan ummah Melayu Islam ? Sungguh menghairankan !

      Sejak bila semua pemimpin DAP terdiri dari orang Melayu Islam ?

      Padam
    2. Jhn cerita pasal roh keIslaman kalau kerajaan yg tertubuh pun hasil dari kerja2 pengkhianatan.. pernah ke Islam ajar cara macam ni?? Walaupun niatnya baik nak dirikan kerajaan Melayu Islam tapi cara khianat ni Islam tak pernah ajar.. dan pastinya Allah pun tak redha cara ni.. nabi tetap taat pada perjanjian dgn kafir walaupun perjanjian itu tak adil dan ada sahabatnya yg diseksa.. tak pernah plak nabi khianat demi nak dapatkan keadilan sbb nabi tahu matlamat tak pernah menghalalkan cara.. Allah pasti bantu kalau niat dan cara tu betul ikut Islam.. itu baru betul roh Islam.. rakyat masa tu dah beri mandat PH memerintah 5 tahun.. tapi sibuk khianat sebelum mandat berakhir.. nak tukar tukarlah bila PRU nanti.. itupun tak boleh bersabar.. kononnya demi melayu.. demi Islam.. sekarang bila dah dapat bergaduh sama sendiri.. Allah bagi bala.. sbbnya satu.. Allah tak redha cara kerajaan itu didirikan walaupun niatnya baik.. itulah roh Islam yg takde kat pemimpin melayu Islam dan penyokong2nya.. sibuk nak cakap DAP kafir.. PKR liberal.. Amanah hamba kafir.. diri sendiri tak pernah salah.. sentiasa betul.. kan perangai yahudi tu?

      Padam
    3. Pengkhianatan yg sebenarnya di sini adalah apabila Kita tak memberi kpd yg berhak dari awal lagi. Disebabkan itu, maka perasaan dendam , iri hati, ketidakpuasan hati, macam2 boleh timbul. Umat melayu Kita ni, Tak de roh keislaman. Tak menganggap kuasa itu sebagai amanah besar dr Allah. Masing2 nak berebut kuasa atas tujuan keduniaan shj.

      Padam
    4. 4 perkara yg perlu kita hindari
      1. Niat yg tak baik
      2. Ilmu yg tak memberi manufaat
      3. Nafsu yg tak pernah cukup
      4. Doa yg tak di terima olih ALLAH.
      Renung2 diri kita berada dimana

      Padam
    5. Penyatuan ummah kepala hanggok. Puak UMNO tak pernah dan akan berubah perangai.Masa jadi pembangkang nampak mcm dah insaf dan berubah. Hampehhhh. Eloklah jadi kerajaan dgn PH di Perak. Pesalah PH boleh dibebaskan, pesalah UMNO pun boleh dibebaskan atas alasan pendakwaan terpilih.

      Padam
  3. Lagi silap kalau PAS mengetepikan UMNO sebagai rakan kerjasama.. matlamat PAS utk memastikan kerajaan melayu Islam dapat didirikan.. takkan PAS tak boleh berkorban dan bekerjasama dgn UMNO demi melayu demi Islam?? Secara tak langsung kesombongan PAS ni akan memaksa UMNO bekerjasama dgn DAP PKR dan Amanah.. itu ke yg PAS nak lihat?? PAS jgn jadi bangang.. UMNO bukan nak tukar MB kafir pun.. cuma nak tukar MB supaya orang UMNO yg pegang selari dgn jumlah kerusi yg dimenangi.. dan lagi satu tanpa PAS UMNO boleh menang berpuluh kerusi.. tapi tanpa UMNO PAS nak menang 5 kerusi pun susah.. so buat PAS, jgn besar kepala.. ikut je rentak UMNO.. bukan hal besar pun.. tukar MB je.. masih Islam.. masih kerajaan Islam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barua um-No tidak bermoral kerana cuba menghalalkan pengkhianatan um-No ke atas rakannya sendiri. Maka tiada perbezaan antara barua dan RBA.

      Menghalalkan pengkhianatan itu sendiri adalah ciri-ciri munafiq.

      Padam
    2. Barua-barua meno sangat menjijikkan kerana cuba membela pengkhianatan meno dengan menfitnah dan menyalahkan parti Islam. Ini menunjukkan barua meno sangat tidak bermoral kerana cuba menghalalkan pengkhianatan dan fitnah.

      Maka tiada perbezaan antara barua meno dan perompak yang cuba menghalalkan yang haram.

      Pemimpin2 meno dibicarakan di mahkamah apa cerita ? Barua meno tak mahu ceritakah ?

      Padam
    3. Aku rasa PAS Dan Bersatu Akan bersetuju dgn UMNO utk menubuhkan kerajaan baru sepenuhnya dibawah parti UMNO kerana PN Tak mahu PH menjadi sebahagian drp kerajaan memerintah Perak bukan bersetuju dgn perbuatan UMNO.

      Padam
    4. 4.10, kau tu janganlah bangang sangat, besar kepala, tunjuk kesombongan bila nak mengomen. Kau ni pandapigs, ye. Nak menambah kebencian sesama parti melayu.
      Rba pandapigs skrg ni tengah ambil peluang memecahbelahkan gabungan parti melayu. Mrk menyamar dan menjadi jurucakap bagi pihak UMNO, PAS dan Bersatu. Komen mrk untuk menambah kebencian sesama parti melayu supaya mrk berpecah.

      Padam
  4. Pengkhianatan yg sebenarnya di sini adalah apabila Kita tak memberi kpd yg berhak dari awal lagi. Disebabkan itu, maka perasaan dendam , iri hati, ketidakpuasan hati, macam2 boleh timbul. Umat melayu Kita ni, Tak de roh keislaman. Tak menganggap kuasa itu sebagai amanah besar dr Allah. Masing2 nak berebut kuasa atas tujuan keduniaan shj.

    BalasPadam
  5. Isu UMNO selalu menyatakan kpd parti rakan dalam PN agar hormatilah kami sbb kami Abang Besar kami lebih Dominan kami ada lebih Majoriti dan kami mahu jawatan kabinet yg setimpal serta lebih ADIL..

    Baru2 ini UMNO sudah pun pinda perlembagaan parti, letak ISLAM di depan. Setakat ini sudah ke UMNO rujuk AQ & Sunnah sbg jalan penyelesaian terutama dalam agenda Perpaduan Melayu Islam..???

    Antara pindaan dibuat membabitkan fasal 3 perlembagaan itu dengan meletakkan agama ISLAM di hadapan bagi asas dan tujuan dalam perjuangan parti Melayu berusia 73 tahun itu.

    Pindaan itu selaras dengan kedudukan ISLAM sebagai agama persekutuan bagi negara ini.

    Sebelum ini Fasal 3 Perlembagaan UMNO berkenaan asas dan tujuan menggariskan 'UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita KEBANGSAAN MELAYU demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara'.

    BalasPadam
  6. PAS boleh terima PAN

    UMNO tak boleh terima PPBM..???

    Perpaduan umat mestilah berdasarkan acuan Allah SWT.

    BalasPadam
  7. Demi untuk menyelamatkan kerajaan Islam kenapa Tak boleh bersabar je sikit sampai PRU15? Kenapa? Kenapa mesti dilakukan skrg? Kalau bukan ada agenda lain. Kenapa Kita fikirkan diri Kita Sahaja yg dikhianati Dan kenapa pula Kita tidak memikirkan effect nya apabila Kita mengkhianati mereka pula. Membuat keputusan berasaskan kepada keimanan adalah lebih bijak dari membuat keputusan berdasarkan hati. Terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan buruklah natijahnya.

    BalasPadam