Header Ads

ads header

Flash News

Kapal tak sampai: PAC akan panggil Zahid Hamidi


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil bekas menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi dalam siasatannya terhadap isu kegagalan pembekalan enam kapal peronda generasi kedua kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata mantan panglima tentera laut Abdul Aziz Jaafar dan kontraktor utama projek BNS Sdn Bhd akan turut dipanggil dalam prosiding bulan depan.

“PAC parlimen juga akan menjalankan lawatan tapak pembinaan kapal LCS di Lumut, Perak pada Januari 2021,” katanya.

"PAC parlimen berhasrat untuk melengkapkan dan membentangkan Laporan PAC berhubung isu pembekalan enam kapal generasi kedua LCS ini ke Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen pada Mac 2021" katanya lagi.

Wong berkata empat mesyuarat dijalankan dan tujuh saksi telah dipangil, antaranya Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid, Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan Ambrin Buang dan Ketua Setiausaha Pertahanan Malaysia Muez Abdul Aziz.

Dalam kenyataan hari ini, Wong berkata kegagalan penyiapan kapal itu amat serius.

Katanya, ia bukan sahaja membabitkan kelemahan atau kegagalan dari segi tadbir urus, perolehan dan kewangan tetapi juga memberikan impak terhadap keselamatan dan pertahanan negara.

“Sehingga Oktober 2020, sejumlah RM6.083 bilion telah dibayar dan tidak ada sebuah pun kapal LCS yang telah siap dibina walaupun mengikut jadual sepatutnya dua kapal LCS telah siap dibina setakat ini,” katanya.

Pembinaan enam kapal peronda generasi kedua LCS sebanyak RM9 bilion merupakan perolehan yang terbesar dalam sejarah Mindef. 





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan