Header Ads

ads header

Flash News

Ke Mana Halatuju Muafakat Nasional Selepas Perak?


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menyaksikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.

Dalam undian belah bahagi pada sesi persidangan DUN negeri itu pagi ini, beliau hanya mendapat 10 undi menyokong manakala 48 ADUN lagi tidak menyokongnya sebagai Menteri Besar Perak.

Menariknya usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal dikemukakan Datuk Abd. Manaf Hashim, ADUN Rungkup dari UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Di sini timbul persoalan tentang halatuju gabungan UMNO dan PAS di dalam Muafakat Nasional yang jelas tidak menunjukkan kesepakatan dalam sokongan mereka ke atas Kerajaan Perikatan Nasional di Negeri Perak.

Dalam situasi ini, UMNO lebih menunjukkan kesepakatan dan kemuafakatan bersama Pakatan Harapan (PH) yang memperkukuhkan lagi kedudukan DAP, PKR dan AMANAH di Negeri Perak.

Perjuangan membela nasib orang Melayu dan umat Islam kini hanya terletak di bahu BERSATU dan PAS selepas UMNO membuat keputusan untuk bersekongkol dengan seteru lamanya DAP demi menduduki kerusi Menteri Besar Perak.

Keputusan DUN Perak hari ini juga membuktikan UMNO selama ini hanya bermain wayang dengan DAP bagi mendapatkan sokongan masyarakat Melayu dan umat Islam, sekaligus menafikan keikhlasan parti Melayu itu.

Satu kenyataan yang pahit untuk ditelan hari ini ialah DAP yang sebelum ini berjaya disingkirkan dari kerajaan negeri Perak, kini kembali berkuasa dengan bantuan UMNO.

Jadi masih relevankah Muafakat Nasional selepas ini?

Maryam Alisha




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan