Header Ads

ads header

Flash News

Nazri Aziz cadang UMNO, Amanah dan PKR tubuh kerajaan di Perak (sengaja sembunyikan DAP)


KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan sebuah kerajaan baharu ditubuhkan di Perak susulan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

Nazri juga mencadangkan agar UMNO bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membentuk kerajaan baharu di negeri itu.

“UMNO Perak perlu bekerjasama dengan Amanah dan PKR bagi membentuk kerajaan baharu yang diterajui UMNO.

“Apa yang berlaku di DUN Perak hari ini, Amanah dan PKR telah bersama UMNO menolak usul percaya terhadap Menteri Besar. Bersatu dan Pas tidak bersama UMNO,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Nazri menjelaskan, apa yang berlaku di Perak tidak akan menjejaskan kerajaan Pusat.
“Ini hanya berlaku di Perak, tidak ada kena mengena dengan Pusat... tidak semestinya bila di Perak berubah kerajaan maka di Pusat juga akan berubah. Ini norma baharu,” katanya lagi.

Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang dilantik sebagai Menteri Besar semasa Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kepimpinan negeri dalam pilihan raya umum lalu.

Selepas penjajaran semula politik tanah air yang menyaksikan PH ditumbangkan Februari lalu, Ahmad Faizal kekal menjadi Menteri Besar dengan sokongan BN dan Pas.

Pada Jumaat, Ahmad Faizal kalah dalam undi percaya yang dibawa oleh wakil rakyat UMNO, menyebabkan Timbalan Presiden Bersatu itu hilang majoriti sebagai Menteri Besar.

Hanya 10 daripada 59 ADUN menyokong usul itu berbanding 48 yang menolak sementara satu undi rosak atau berkecuali.

MR : Kenapa UMNO malu nak sebut DAP bersama?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


21 ulasan:

  1. MR. Bukan bermakna jika UMNO tak sekepala dgn Bersatu, maka mrk akan bersekongkol dgn dap. Banyak cara lain boleh diselesaikan. Boleh bawak berbincang. Kau ni, marah betul bila Bersatu kena usik. Sabarlah. UMNO pun dah banyak bersabar. Pakat bincang, win-win. Kalau dah ada 5 je, buatlah ape yg patut. Beri je sokongan dari belakang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelakor lah mung ning...bersabor? Kenapa x bersabar skit lagi smp pru15 lps tu ambik lah dan kedarohlah jawatan mb tu

      Mmg nazri aziz geng guan eng sebab tu dia nk sgt ngan dap wpun x sebut

      Dah kedaroh jadi kjaan pusat selama puluhan tahun, x dpt jadi mb pun dah mcm nak kiamat

      Mmg peja tu bersatu tp xleh bersabar ke skit lagi...

      Hahhh...skrg pas x mau join kamu so umno join dap lah....hahahaha...bodo

      Padam
  2. Suatu parti nasionalis pernah mengkhianati parti Islam yang menjadi sekutunya dan sekarang parti nasionalis yang sama telah mengkhianati parti bumiputera yang menjadi sekutunya.

    Oleh sebab itu terdapat kemungkinan parti nasionalis akan kencing parti Islam untuk kali ke-2 maka parti Islam perlu berhati-hati sekarang bimbang pisang berbuah dua kali atau tangan dipatuk oleh ular yang sama dalam lubang ular yg sama.

    Pengkhianatan telah bermula apabila parti nasionalis menjilat puak kafir harbi yang memusuhi Islam dan umat Islam. Bukankan ini menunjukkan sikap puak munafiqun ???

    BalasPadam
  3. Sudah2 lah, rba dapigs punya Komen, lebih kpd nak memecahbelahkan kesatuan ummah. Jgn terpedaya dgn hasutan mrk ni. Kita beri je Ketua kerajaan kpd yg berhak. Kalau kerusi Kita sikit, buat cara sikit. Beri sokongan dari belakang. Itu sifir mudah. Cuba Kita berada di tempat mrk, lagi mengamuk sakan.

    BalasPadam
  4. buat lawak tak kena tempat macam samalah mahadir buat lawak, tak ambil iktibar dari sejarah yang telah berlaku, buat sesuatu takpa fikir panjang dan buat rujukan kepada majlis tertinggi, tunggu sajalah akibatnya jangan sampai ayam terlepas tangan bau tahi

    BalasPadam
  5. Tahniah meno ...sedia berkhidmat tuk sihanceng

    BalasPadam
  6. Eloklah tu parti nasionalis bersama dengan parti liberalis dan pluralis. Lagi jauh le kita dari kebenaran.

    BalasPadam
  7. Orang tamak selalu rugi
    Bagai anjing dengan bayang-bayang

    Itu kata bodalan melayu

    BalasPadam
  8. NAZRI...I know what you do last season.

    BalasPadam
  9. semoga Umno akan kalah lebih teruk pada PRU 15 kerana masih tak mau belajar kebencian rakyat terhadap rasuah dan salah guna kuasa

    BalasPadam
  10. ALLAHUAKBAR bukan saja di PERAK...tetapi seluruh NEGARA bila ada pihak kemeLAYUan yang sanggup MATI BERDIRI HIDUP MELUTUT dengan TOKONG DAPIGS...PAS TETAP ISTIQAMAH dengan PRINSIP PERJUANGAN ISLAM walaupu secara sendirian sebelum semasa dan selepas ini..BILA RASA MALU tiada lagi...sedarlah MALU sebahagian daripada IMAN.

    BalasPadam
  11. WAHAI ARIFF MULUK dan sekutunya yang selalu menuduh dan menghina LEBAI suka bermuka-muka dan jual agama...LIHATLah SIAPA yang bermuka2 @ TALAM DUA MUKA MUNAFIK...mencari TALIAN HAYAT pada PAS...AKHIRNYA S46 PKR dan kini umNO SEMUANYA yang angkat kaki tanpa rasa BERSALAH / MALU

    BalasPadam
  12. Wahai AWANAMA,

    Betul ke PAS parti Islam?

    a) PAS telah berjanji bersama UMNO dalam MN sekarang ini. Malangnya PAS ingin bermain dua kolam iaitu MN dan PN. UMNO tidak ada dalam PN. Cuba lihat sikap PAS terhadap UMNO di Perak yang membawa maksud PAS lebih cenderung kepada PN. Jangan beranggapan bahawa ahli dan pemimpin UMNO tidak mengkaji sikap dan tingkah laku PAS sejak dulu lagi.

    b) Semua orang tahu UMNO yang mengajak PAS bersama dalam MN. PPBM cuba melayan UMNO yang menyokong PM dari PPBM dengan tidak membalas budi UMNO dalam kerajaan sekarang. Kerusi UMNO lebih banyak berbanding PPBM yang berumur sebulan jagung sudah berlagak kononnya PPBM mengatasi kemampuan UMNO/BN dalam urusan pentadbiran kerajaan.

    c) PAS tidak ada maruah mengaku parti Islam tetapi melanggar janji bersama UMNO dalam MN apabila mementingkan PN berbanding MN.

    d) Dalam kenyataan media SUA PAS mengatakan bahawa PAS tidak akan menyertai kerajaan negeri Perak yang diketuai oleh MB dari UMNO tetapi bertindak menyokong semata-mata. Apa maknanya ini jika itu tanda PAS lebih cenderung kepada PN.

    e) Dalam sejarah PAS tidak pernah menjadi sebahagian dari kerajaan persekutuan, tetapi dengan berkat kejatuhan dan tumbangnya PH yang khianat, PAS langsung tidak berterima kasih ketika bersatu dengan UMNO dalam MN yang membawa PAS menyertai kerajaan persekutuan. Apa gelaran kita nak panggil PAS? Kau tahukah apa prestasi menteri-menteri PAS? Bagus? Terbaik? Tercorot?

    f) Dikatakan PAS dan PPBM dalam PN memandang rendah terhadap UMNO yang menyokong kedua2 parti dalam pembentukan kerajaan persekutuan dan negeri pada halnya UMNO /BN mempunyai kerusi yang banyak dengan layanan kelas kedua bawah.

    g) Siapa yang khianati UMNO/BN sebelum dan selepas PRU14 yang menjadi keadaan politik sekarang berada dalam kucar-kacir? Tak boleh berfikirkah sebelum UMNO/BN jatuh pada PRU14 kedaan politik lebih stabil berbanding sekarang?

    h) Ini semua berpunca dari kejatuhan UMNO/BN akibat FITNAH YANG BERLAKU SEJAK 1998. Awak tahu apa hukumnya fitnah dalam Islam? Akhirnya yang terkesan ialah negara ini yang rakyat bertambah susah akibat BALA wabak penyakit dan ketidakstabilan politik sekarang ini yang dikatakan BALA oleh PAS sebelum berada dalam MN. Malangnya UMNO yang dituduh pengkhianat dan gila kuasa sedangkan PAS dan PPBM tanpa sokongan UMNO/BN tidak akan menjadi kerajaan persekutuan dan negeri.

    i) Dasar UMNO ialah no Mahathir, no Anwar dan no DAP. Jika PPBM dan PAS melampaui kerjasama dan memandang rendah jasa dan kemampuan UMNO/BN selama ini, hanya ucapan good bye buat mereka.

    j) Berkaitan dengan PENGKHIANATAN, semuanya berpunca dari kerajaan yang diterajui oleh PH yang merugikan negara ini seperti penjualan aset kerajaan dan agensinya, membatalkan projek, ekonomi merosot teruk dan pentadbiran yang kucar-kacir yang menjejaskan kedudukan ekonomi dan politik secara mendadak. PPBM yang berada bersama PH masa itu tidak pernah berusaha membetulkan keadaan setelah menerajui kerajaan ketika ini seperti penjualan aset TH dan undang2 negara hingga berlaku kezaliman. Siapa yang patut disalahkan?

    Jangan anggap ahli UMNO tidak mengkaji tentang PAS sejak penubuhannya pada tahun 1951 hingga sekarang? Saya bersetuju jika UMNO ingin tarikh diri menyokong PN yang derhaka ini supaya mereka tahu siapa yang khianat?

    Sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umno lah bersih sekali selama puluhan tahun....kalau nk senaraikan pengkhiantan umno pada melayu alangkah banyaknya

      Xyah merapu

      Padam
    2. DASYATNYA FITNAH....BALA NEGARA DI BAWAH OLEH PAS...terimakasih pada umNO yang selama ini mezalimi dan ketidakadilan ROYALYI pada PAS saudara seagama..Hingga KES MEMALI tidak selesai hingga hari ini.PAS mengambil jalan Muafakat dan melupakan dendam sengketa selama 60 tahun DEMI UKHWAH ISLAM yang telah dirobek P akatan H ancing Menjelang semasa dan selepas PRU14

      Padam
    3. Sudah 2 KALI...2009 DAN semalam 4/12 umNO Telah kuburkan MB PERAK...3/12 Pemuda Pas Perak menyatakan sokongan bila ada USUL PERCAYA pada MB PERAK...benarlah bila musuh dalam selimut dan api dalam sekam DAN racun dalam Tuba menjalar dalam diri...Lihatlah musuh2 tersenyum dan melompat riang kerenah Kaduk naik Junjung...bila sudah dapat belas ehsan mengambil kesempatan MELAMPAU..betul ke ratiban umNO Dulu kini dan selamanya NO DAP NO ANWAR direalisasikan..RAKYAT SAKSIKAN

      Padam
    4. NIAT kerana ALLAH..PAS MENGHULURKAN TANGAN BERPEGANG PADA TALI ALLAH dengan bekas SETERU UMNO DAN BERSATU dan merapatkan SAF ISLAM MELAYU sebagai benteng dari dROBEKHINA oleh DAPIGS/pankhianat/PKR selama ini

      Padam
    5. diharapkan pas terus kekal bersama pn atau mn sehingga pru15 supaya pn terus mendapat majoriti walaupun tipis, jauhkan sama sekali dari melayu dapig dan parti melayu belaan dapig dan parti melayu walak dengan dapig dari menguasai perak, kuatkan kemuafatan melayu perak, jauh sifat balas dendam diatas perbuatan umno kerana ia tidak menguntungkan, musti ingat dapig kuat kerana cina berdiri teguh dibalakang dapig

      Padam
  13. Bodoh punya analogi...yang buat onar umno tapi yang dikaitkan pula lebai...kamu umno boleh pergi jahanam dengan dapig,pkr dan pan yang siang malam meratib kamu rasuah penyamun.Lebai tak minat nak campur tangan ...di mana kluster daping nak letak muka bila dah bercinta dengan umno...sedap ke jilat segala ludah...

    BalasPadam
  14. Sekarang ni rba pandapigs yg kat atas tu tengah rancak memainkan api pepecahan ummah melayu, melaga2kan antara parti2 melayu, menghasut, supaya berlaku pepecahan kesatuan ummah. Hati2 dgn mrk yg bertopengkan melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kesatuan ummmah dibina atas dasar khianat inilah jadinya.. Allah tak redha.. Nabi dulu dapat kuasa takde guna cara khianat2 ni.. lepas tu sibuk nak salahkan dap.. melayu yg lemah sebenarnya.. pemimpin melayu senang diracun dgn harta dan pangkat walaupun tahu dapat dgn cara yg tidak halal.. penyokong2 melayu pulak bangang sokong pemimpin2 melayu yg jelas2 tak nampak ciri2 keIslaman tu.. dalam kepala cuma pikir asalkan melayu asalkan Islam.. lepas tu melayu yg bergaduh sesama sendiri dap pulak yg disalahkan.. tak sedar diri sendiri tu yg bodoh bangang.. melayu yg bodo2 ni sebenarnya tak ikut ajaran Islam.. Allah dah anugerahkan Islam kat melayu tapi kebanyakannya mereka tak pernah nak paham Islam.. kebanyakan bangsa melayu ni dah sebijik perangai macam yahudi.. anggap kononnya mereka bangsa terbaik dan bangsa pilihan Allah kat Malaysia.. kerajaan PN disokong buta2 walaupun jelas nyata tahu dapat dgn cara khianat.. kene ingat kalau niat baik tapi cara tak baik Allah pasti akan murka.. melayu cuma akan berjaya bersatu kalau Islam difahami dgn sebenar2 paham..

      Padam