Header Ads

ads header

Flash News

Nama Muafakat Nasional sudah didaftar pihak lain


Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah mendedahkan usaha pendaftaran Muafakat Nasional (MN) menghadapi sedikit masalah kerana dia difahamkan nama itu sudah digunakan oleh pihak lain.

"Saya difahamkan ada usaha-usaha untuk daftarkan, tetapi tidak dapat didaftar kerana nama itu sudah orang lain guna.

"Nama (MN) itu sudah ada dalam pendaftaran ROS, tak tahu macam mana, itu yang saya difahamkan.

"Sebab itu kita tak boleh daftar, kalau nak daftar kena ada perubahan nama," katanya kepada media selepas mesyuarat exco kerajaan Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Sementara itu Mohd Amar berkata, setakat ini belum ada sebarang cadangan terhadap perubahan nama tersebut.

"Setakat ini belum ada (cadangan), jadi kita berjalan dengan kekalkan nama MN tetapi tidak didaftarkan," katanya yang juga timbalan menteri besar Kelantan.

Sebagai rekod, Setiausaha Agung BN Annuar Musa sebelum ini dilaporkan pendaftaran MN akan memakan masa sebelum didaftarkan dengan ROS.

Ini kerana katanya, pimpinan gabungan itu perlu menguruskan bagi kerja-kerja prapendaftarannya.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Hehehe. bunga2 muafakat nasional nak terkubur. Pas tgh syok dgn PN.
    Nasib ko la umno. Ko xde habuan nk offer kat pas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puak RBA adalah musuh Islam yang berusaha untuk memusnahkan perpaduan umat Islam kerana puak RBA adalah penjilat kepala bapak kafir harbi suka menyondol dedak roket seperti bab*.

      Padam
  2. Cadang tukar nama kpd Gagasan Nasional.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lambat sangat daftar, skit lg nama Gagasan Nasional pun ada org dah daftar sbb tk nak kasi peluang ujudnya parti itu.

      Padam