Header Ads

Header ADS

Presiden Umno akan jumpa ketua bahagian bincang situasi semasa


Umno akan mengadakan pertemuan dengan ketua bahagiannya di seluruh negara awal bulan depan bagi mendapatkan pandangan dan mendengar suara akar umbi parti itu sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Pilihan Raya Umno, Tajuddin Abdul Rahman, berkata ia hanyalah pertemuan biasa seperti mana diadakan sebelum ini.

"Pertemuan ketua Umno bahagian dengan presiden ini dianjurkan pengarah pilihan raya untuk presiden mendengar suara akar umbi berkenaan isu politik semasa serta persiapan hadapi pilihan raya umum.

"Langkah dan strategi yang ingin diambil bagi Umno menang besar dan bangkit kembali sebagai parti kerajaan," katanya.

Dia juga ditanya jika pertemuan itu akan turut membincangkan soal kerjasama Umno dengan Bersatu.

"Tidak ada, namun jika dibangkitkan kepimpinan akan dengar," katanya lagi.

Umum mengetahui bahawa hubungan Umno dengan Bersatu sedikit retak terutamanya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung 26 Sept lalu.

Ia susulan jawatan ketua menteri Sabah yang dikatakan sepatutnya menjadi milik Umno berdasarkan perjanjian awal.

Hubungan Umno dengan Bersatu juga sedikit tegang apabila Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu "digulingkan" daripada jawatan Menteri Besar Perak melalui usul undi percaya 4 Dis lalu.

Dalam proses pengundian yang dijalankan secara sulit itu, usul tersebut hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 yang tidak menyokong dan satu berkecuali.

Usul dibawa Adun Pengkalan Baru daripada BN Abd Manap Hashim.

Dalam pada itu Tajuddin berkata, berdasarkan tinjauan yang dibuat Umno sebelum ini dua pertiga pemimpin bahagian menolak kerjasama dengan Bersatu.

"Maknanya sokongan ahli Parlimen Umno hanya sampai PRU-15 atau sehingga Parlimen dibubarkan, selepas itu bawa haluan masing.

"Selepas PRU kalau kita nak tubuh kerajaan bersama kita bincang selepas itu, biasanya parti yang menang paling banyak akan menerajui kerajaan," katanya.


MR :
Sepatutnya Parti yang tunjukkan kajian, bukan ikut sentimen ahli parti. UMNO nak menuju jalan mati


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Kami hanya akan undi PAS DAN BERSATU JIKA UMNO NAK BAWA HALUAN SENDIRI..BN X LAYAK TADBIR KERAJAAN SEBAB 60TAHUN LEBIH UMNO BN TADBIR NEGARA.KAMI JEMU

    BalasPadam
  2. ooooo Islaamm!! bersatulaahh!! InsyaAllah kita akan bertambah kuaat.

    BalasPadam
  3. Betul.. bersatu In-shaa-Allah kita akan kuat..

    Tapi dengan AMNO yg ada sekarang ni, bersatu dengan mereka bukan bertambah kuat.. tapi bertambah runsing.. sbb bila2 saja boleh TUMBANG..

    Mereka lebih pentingkan diri dari agama Islam, rakyat dan negara...

    BalasPadam
  4. Apabila parti politik dipimpin oleh pemimpin-pemimpin rasuah maka kita tidak akan terkejut jika mereka sanggup mengkhianati rakan dan sekutu sendiri tanpa merasa malu atau segan. Money talks !!!

    BalasPadam
  5. Umno masih tak sedar sedar

    BalasPadam
  6. Biarkan UMNO hanyut dengan perasaan sombong Dan bongkak. Lama2 UMNO akan pupus dgn sendiri.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.