Header Ads

Header ADS

Pas mahu bertiga kini terpulang kepada UMNO buat pendirian – Shahril


KUALA LUMPUR –
Pas tidak ada hasrat untuk tinggalkan UMNO malah amat menghargai persahabatan yang terjalin.

Itu rumusan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Suffian Hamdan hasil temubualnya dalam Segmen #Cepumas bersama Ketua Dewan Pemuda Pas merangkap Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ir. Khairil Nizam.

Menurutnya, Pas pada yang sama juga tidak mahu meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pas juga, katanya, meletakkan aspirasi satu lawan satu (BN (Barisan Nasional) atau PN (Perikatan Nasional) lawan PH (Pakatan Harapan) dan mengelak pertembungan tiga penjuru sebagai syarat untuk menang PRU-15.

“Jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara UMNO, PPBM dan PH di sesebuah kawasan, maka PAS dalam impossible situation dan mungkin ambil pendekatan berkecuali. Yang untung adalah PH.

“Pas minta UMNO hormat pendiriannya sepertimana Pas juga akan hormat pendirian UMNO. Maka apa tindakan UMNO? Bagi saya, kawan sudah bercakap terbuka.

“Kita boleh pilih untuk terkilan, marah, terasa. Boleh pilih untuk persoal keikhlasan pasca pembentukan Kerajaan PN. Boleh pilih untuk mengata. Boleh pilih untuk cakap “cukup hanya MN (Muafakat Nasional)  tak perlu PN” walhal rakan kita dalam MN telah tegaskan pendiriannya mahu bertiga, bukan berdua.

“Atau kita boleh pilih untuk tenang, hormat pendirian sahabat kita Tanpa kompromi aspirasi kita sebagai parti kebangsaan terbesar Malaysia. UMNO parti yang penuh bijaksana dan responsif kepada dinamika yang berubah. Saya pilih yang ini.

“Sambil kita hormat pendirian Pas, saya yakin Pas juga hormat bahawa keputusan untuk UMNO adalah hak mutlak UMNO, tanpa paksaan sesiapa.

Maka UMNO harus kembali kepada option yang ada dan jangan bazir masa bercakap tentang option yang tidak lagi wujud,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.

Justeru UMNO perlu membuat pendirian berdasarkan pilihan yang ada, kata Shahril.

“Tiada pilihan tanpa risiko. Yang penting, keputusan kena dibuat, supaya tiada lagi kekeliruan. Bak kata orang putih, more is lost by indecision than by wrong decision.

“Pas sudah jelas dengan pendiriannya. Moga keputusan UMNO kelak adalah yang terbaik bukan hanya untuk kelangsungan parti ini, tetapi juga yang terbaik untuk agama, bangsa, tanahair,” katanya lagi.- MalaysiaGazette





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Moga Allah beri petunjuk dan bimbingan kpd Umno buat pilihan yg terbaik demi Islam dan masa dpn ank bangsa...

    BalasPadam
  2. Kes d dewan perak hari ni menunjukkan wajah sebenar umno,,demi kuasa rkan sendiri pun mereka sangup bunuh berpakat dengan musuh,,,moga tiadalah sudah pakatan dengan parti rakus kuasa ini

    BalasPadam
  3. punca masalah ini ialah sikap gelojoh pas sendiri. pas dan umno,,apabila memetrai piagam MN,,sudah cukup ampuh pada ketika ini,,sehingga pihak ph jadi cacing kepanasan,,dan akhirnya putrajaya kembali dirampas daripada cina. masalah timbul, apabila pas berlagak nak jadi king maker,,nak makan keliling,,maka pas joint PN. Pn,,sebenarnya ialah ppbm,,yg menumpang tuah pkr dan dap,,yg akhirnya menjadikan tsmy PM, tanpa pkr dan dap,,ppbm adalah tin kosong. jadi, ppbm menggunakan pas untuk kekal relevan di persada politik. umno yg mendapat tempias buruk. Kerana, ppbm akan menuntut kerusi ditempat yg mereka menang pd pru 14, walhal mereka menang dgn undi ph,,tanpa undi ph, sudah tentu samada pas atau umno yg mendapat undi paling tinggi. ppbm akan minta kerusi umno, sudah tentu umno tidak setuju kerana tanpa ppbm pun, umno atau pas boleh menang di kwsn tersebut. apapun,,kita berdoa agar ppbm suluh diri sendiri,,harap2 tiada berlaku tiga penjuru antara umno x ppbm x ph pd pru 15 nanti. rugi org melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuan... PAS jgn tertipu dgn PPBM ni.. PAS hamya pelampung PPBM je,

      Padam
  4. Ppbm adalah perancangan atok, muhyiddin and the geng. Masa dalam ph, mrk dapat pegang tampuk kuasa, itupun dgn belas ihsan pkr, dap, amanah. Tanpa sokongan ini, ppbm pasti luput dgn luputnya atok. Bila ppbm dah nampak, duduk lama2 dalam ph akan memberi padah kpd mrk jika anwar berkuasa,maka mrk ni cepat2 Cari dahan lain utk kekalkan pegangan tampuk kuasa dgn tawaran kpd parti yg tengah tenggelam timbul dgn syarat ppbm diberi tampuk kuasa dalam pn. Kalau gagal juga, sudah pasti ppbm akan terus pupus. Ini yg menakutkan atok and the geng.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesudah terbentuknya kerajaan dgn cara yg agak mudah sebelum tiba pru akan datang fikirlah bagaimana nak memperkasa agama, bangsa dan negara..tiada kesudahannya jikalau asyik berebut kuasa dan jawatan..musuh mengintai setiap sudut kelemahan untuk diambil peluang..buanglah keangkuhan yg masing2 ada

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.