Header Ads

ads header

Flash News

Serangan Keras Terhadap Pas Dari TMI Dan Tiga Penganalisis


Agak mengejutkan bila membaca laporan portal berita The Malaysian Insight hari ini bertajuk “PAS akan lakukan apa sahaja untuk berkuasa, kata penganalisis” (“PAS will do anything for power, say analysts”).

Amat berat juga tuduhan portal berita ini ke atas PAS dengan menggunakan nama “penganalisis” ini, iaitu:

(1) PAS akan bersekutu dengan sesiapa sahaja (will work with anyone), akan bersetuju dengan apa sahaja (will agree to anything) dan akan melakukan apa sahaja (will do anything) bagi memastikan survival mereka dan bagi memastikan mereka tetap relevan.

(2) PAS menjaja agama untuk kepentingan sendiri (peddles religion to serve itself).

Tiga penganalisis yang dipetik oleh portal berita ini adalah Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya, Mohamad Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre dan Dr Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.


Kenyataan sebenar Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya adalah berbunyi:

1. “PAS menggunakan nama Islam tetapi ia bukanlah parti Islam yang sebenar-benarnya.” (“PAS uses the name of Islam but it is not really an Islamic party”.)

2. “PAS tiada arah tujuan, mereka mengamalkan politik pragmatik yang boleh disamakan dengan politik demi kepentingan diri.” (“They have no known direction, they practise politics of pragmatism which can be construed as selfish politics.”)

Kenyataan sebenar Mohamad Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre adalah berbunyi:

1. “Pemimpin-pemimpin PAS sekarang telah menyimpang dari perjuangan. Mereka sekarang hanya berjuang untuk kuasa dan wang.” (“The current crop of PAS leaders has deviated from the struggle. They are now in it for power and money.”)

2. "Ini bukanlah kepimpinan PAS dari masa Nik Aziz. Pemimpin-pemimpin PAS waktu itu alim dan mengamalkan kesederhanaan; sekarang mereka hanya mahu wang dan kuasa.” (“This is not the PAS leadership of Nik Aziz’s time. The PAS leaders then were pious and practiced austerity; now they just want money and power.”)

Kenyataan sebenar Dr Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura adalah berbunyi:
1. “Tatkala PAS memaparkan imej yang lebih ekstremis dan radikal, ia sebenarnya akan menarik lebih ramai penyokong muda.” (“As PAS exudes a more extremist and radicalised image, it would actually attract more younger supporters.”)

2. “PAS sedang merancang untuk jangka panjang dan bukan untuk memenangi angka-angka dalam beberapa pilihan raya akan datang. Mereka percaya jika agenda keagamaan mereka dibenarkan untuk berkembang, akhirnya seluruh negara akan mempunyai orientasi agama dalam pandangan sosio-politinya, dan pada waktu itu tarikan teokratik PAS tidak akan boleh ditolak dan pilihan raya sekular juga akan menjadi tidak perlu (“PAS is planning for the long-term and not on winning numbers in the next few elections. They believe that if their creeping religious zealotry agenda is allowed to spread, eventually the whole country would be religion-oriented in its socio-political outlook, by which time PAS’ theocratic appeal would be irresistible and even secular elections would become redundant.”)
Selaku penganalisis, saya tunggu reaksi dari ahli atau pimpinan PAS ke atas serangan ini.

Kamarul Yusoff





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


21 ulasan:

  1. Ringkasnya PAS amat memalukan. Harapan untuk melihat PAS sebagai yang kekal berakhlak mulia berciri Islam punah.
    Menghampakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la dgn yg komen tu... punah.. memalukan... menghampakan.. takda akhlak.

      Padam
    2. Lebih berganda memalukan umat bila ada bersekongkol dgn harbi menghina islam al contoh isu sekatan jual arak, lgbt, jual aset umat islam

      Padam
    3. Hanya SETAN GONDOL YG MENGYIAKAN

      Padam
  2. Alternatif kepada pas apakah PAN?

    Atau sekutu kuat mereka DAP?

    Atau penganalisa2 di meja ofis ni tubuh baru saja parti yang syumul

    BalasPadam
  3. Yang menilai tu bukan para ustaz. Tapi ilmuan orientalist. Mereka boleh tulis berdasarkan ilmu orientalist. Bukan dari perspektif yg benar. Penghayatan mereka adalah dari sisi orientalist, jadi mereka tidak arif dari perspektif ilmu agama. Zaman jahiliah dulu pun mereka tidak faham, lalu mereka tolak. Sejarah berulang sekarang.

    BalasPadam
  4. Yg di tanya ilham centre ph punya yg di tanya org singapore bkn misa dh tentu cenderung komunis malaya, yg d tanya pro ph dah tentu ph suci,,,apa pas kisah korang nak kata apa bukan mak bapak korang undi pas pun,,,pas pun tk kebulur sgt dengan pendapat2 korang,,,hint2 nak sebut pas parti penganas tu adadah walau hakikat nyata ph cintakan komunis dan ltte serta israil tak pula d tunjukkan

    BalasPadam
  5. puak2 melayu liberal dah mula menyerang pas menjelang pru15 untuk mengikis pandangan orang2 melayu terhadap pas kononnya pas macam ni lah, macam tu lah, pas tak samalah macam zaman nik aziz, memang betul zaman yang dilalui pas sekarang amat berbeza zaman semasa nik aziz dulu, perpaduan melayu sekarang amat teruk sekali, jika melayu tak bersatu, melayu akan hilang hak kuasa dan hak melayu tu sekali sebagai mana hak puak red indian di amerika, ini baru satu saja dari segi nak hak dan kuasa melayu, rakyat amnya melayu harus peka keadaan ni, jangan teruja dengan pandangan orang2 yang bergelar professor, doktor dan sebagainya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kononnya mereka pakai cakap Allahyarham TGNA mcm lutong jelutong ..tp x mau pula bersyahadah dgn Allah dan Rasullallah

      Padam
  6. Abaikanlah tulisan oleh tiga ekor penganalisis cap ayam tersebut sebab kejahilan mereka tak dapat membezakan antara orang tuli dengan mendengar...antara buta dengan yang celik...antara hitam dengan yang putih...antara kebenaran dengan yang batil...yang paling meloyakan ialah mereka menjual nama tgna yang sudah meninggal..analisis mereka sebelum ini pun semuanya ke laut...samalah macam arif muluk

    BalasPadam
  7. bodoh punya 3 penganalisis DAN sekutunya...RAMBUT SAMA HITAM HATI LAIN2..tidur sebantal MIMPI pun lain ..mana ada manusia sama sifat peribadi perwatakan pegangan das sebagainya...UMNO 46 xsama dgn umNO BARU Tun SERTA parti2 @ organisaisi lain..GBESAR/MBESAR/PM/KM Dsbgainya kini tak sama yang dulu.YANG patut diIDOLAKAN dan contoh Tauladan IALAH NABI MUHAMMAD saw...MUKTAMAD..saya ulang..saya ulang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nabi ada ajar tikam belakang tak? eg, dah ikat perjanjian dengan Umno dalam diam bernikah dengan bunga. Nabi mana yang ajar macam tu???????

      Padam
  8. Tak perlu layan kumpulan yg 'kurang siuman'...
    In-shaa-Allah kita selamat...

    BalasPadam
  9. Kamu ni PAS - berjuang demi KUASA @ demi ISLAM/UMATnya atau kamu terus nak jadi BISU/PEKAK/BUTA pd. KERAKUSAN & KETAMAKAN si Melayu2 LIBERAL dlm. parti Bersatu yg. telah menJAHANAMkan Bersatu sbg. parti PRIBUMI dan juga makin menJAHAMkan HAK Islam/Umatnya, serta HAK seluruh bangsa BUMIPUTERA kita, cthnya dlm. KHAZANAH, KEM. PENDIDIKAN, JAKIM & TABUNG HAJI!!

    Lihat di -
    https://mykmu.net/2020/12/04/pas-tidak-akan-sertai-kerajaan-perak-baharu/

    BalasPadam
  10. Dan MB Perak baru kalau dr. UMNO - biar yg. NASIONALIS tulen, yg. PERTAHANkan HAK Islam/Umatnya dan bangsa BUMIPUTERA kita - berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN 3 & 153 terutamanya!

    Maka, JANGAN dr. Melayu2 LIBERAL-si PENGKHIANAT DALANG DUA MUKA, yg. asyik nak MENYEMBAH bangsa2 PENDATANG Cina/Pariah - yg. MAJORITI, menyokong PENJAJAH Zionis DAP Parasit!!

    Lihat di - https://www.malaysia-today.net/2020/12/04/2-perak-umno-exco-members-touted-as-mb-candidates/

    BalasPadam
  11. PAS bukan seperti yang kamu sangka
    December 4, 2020

    ADA pihak menuduh PAS sebagai parti yang gila kuasa sehingga sanggup bekerjasama dengan siapa sahaja untuk menang.

    Di sini saya nak beritahu kamu:

    (1) Memang betul. PAS perlukan kuasa untuk melaksanakan agenda Islam yang menjadi teras dan dasar kepada perjuangan PAS. Kalau ‘memerlukan kuasa’ untuk melaksanakan agenda perjuangan itu dianggap gila maka semua parti yang ada di Malaysia ini adalah gila. DAP tidak akan dapat merealisasikan cita-cita perjuangannya kecuali mesti ada kuasa. Maka DAP juga gila. Begitu juga PKR dan PAN. Tapi mengapa hanya PAS yang dituduh gila? Apakah kamu sudah gila dalam membuat penilaian? Sebenarnya PAS berjuang agar kuasa tidak dimiliki oleh orang-orang gila.

    (2) Tuduhan PAS bersedia bekerjasama dengan siapa sahaja. Itu adalah tuduhan buta dari penganalisis yang membuat analisa secara membabi buta. Kamu tidak lihatkah keengganan PAS menerima pelawaan Tun satu ketika dahulu agar PAS bergabung dengan PH? Kamu tidak lihatkah PAS menolak DAP dan PKR dan enggan bersama PAN? Ertinya tidak dengan semua orang PAS mahu berkerjasama.

    Advertisement

    Kamu kena sedar. Oleh kerana matlamat PAS ialah untuk mendaulatkan Islam maka Islam itulah keutamaan PAS. PAS tolak DAP kerana DAP tidak menerima Islam. PAS tolak PKR dan PAN kerana PKR dan PAN tidak menolak DAP yang menolak Islam. PAS bersama Umno dan BERSATU kerana Umno dan BERSATU menerima semangat dan cita-cita Islam.

    Kamu ingat PAS ini parti yang tak siuman kerana hanya sekali bersama orang itu dan sekali bersama orang ini kemudian menolak orang itu pula. Semuanya yang PAS lakukan kerana Islam. Contohnya ada seorang janda yang sangat menyayangi anak tunggalnya. Tiba-tiba masuk seorang lelaki kaya melamar si janda, namun lamarannya ditolak. Kemudian masuk pula seorang lelaki miskin melamar lalu diterimanya. Kamu ingat janda itu gila kah? Kerana hanya menerima lamaran seorang lelaki miskin dan menolak si lelaki kaya.

    Kamu yang berfikir dari sudut kebendaan memang menganggap si janda itu bodoh. Namun tahukah kamu… Wanita itu sangat mementingkan anaknya. Si lelaki kaya itu tidak dapat menerima anaknya… Lalu lamarannya ditolak. Manakala si lelaki miskin itu pula dapat menerima anaknya. Demi kebahagiaan anaknya lalu si miskin diterima sebagai suaminya.

    PAS parti Islam. Maka sebarang urusan PAS akan pertimbangkan demi kepentingan Islam. Mana-mana penganalisis yang zero pengetahuan agama ditokok pula dengan fikrah Liberal akan melihat PAS sebagai parti yang hilang pertimbangan kerana kuasa. Sedangkan PAS sangat berhati-hati dalam mempertimbangkan kuasa.

    Kesungguhan PAS memperkukuhkan PN dan meneguhkan MN adalah demi survival Islam dan Melayu. Manakala kesungguhan kamu menyerang PN dan MN adalah demi survival DAP dan idealisme Kuffar. Maka siapa yang gila sebenarnya?

    USTAZ MOKHTAR SENIK
    Ahli Jawatankuasa Kerja
    PAS Pusat – HARAKAHDAILY 4/12/2020

    BalasPadam
  12. pencerahan ringkas dan padu terbaik U Mokhtar senik...

    BalasPadam