Header Ads

ads header

Flash News

Gerakan singkir Ahmad Faizal bermula hampir dua bulan lalu kata UMNO


Usaha mengetepikan Ahmad Faizal Azumu daripada jawatan menteri besar Perak bermula kira-kira dua bulan lalu, kata seorang ahli parlimen Umno.

Bercakap kepada pemberita, Nazri Aziz berkata, ia dimulakan selepas Ahmad Faizal melantik Adun Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim, sebagai setiausaha politiknya tanpa berunding terlebih dulu dengan Umno.

"Itu menjadi detik penentuan kepada kami," kata ahli parlimen Padang Rengas itu ketika dihubungi hari ini.

Aznel mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik Ahmad Faizal pada 15 Okt, hanya dua hari selepas Biro Politik Umno mengumumkan mereka sedang membuat pertimbangan untuk menarik sokongan daripada Perikatan Nasional (PN) serta menetapkan syarat-syarat baru untuk kerjasama dengan Bersatu.

Untuk rekod Ahmad Faizal merupakan timbalan presiden Bersatu. Dalam DUN Perak Umno merupakan parti yang memiliki kerusi terbanyak dengan 25 kerusi. Asalnya mereka mempunyai lebih ramai wakil namun sebahagian daripadanya melompat dan menyertai Bersatu.

Bersatu pula memiliki enam kerusi.

Sementara itu Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad mendakwa tindakan Ahmad Faizal itu tidak menghormati Umno serta semangat kerjasama dalam kalangan parti kerajaan.

Isu pelantikan Aznel turut dibangkitkan dalam perbahasan usul hari ini.

Kata Nazri, selain pelantikan setiausaha politik itu Perak juga berdepan dengan kemelut pelantikan dan pengagihan jawatan ketua kampung.

Sementara itu Nazri juga menafikan spekulasi bahawa gerakan mengetepikan Ahmad Faizal dibuat sebagai 'balasan' apa yang berlaku di Sabah apabila pemimpin Bersatu dilantik menjadi ketua menteri.

"Itu mengarut, penipuan. Saya ada dalam Umno Perak dan kami ada agenda sendiri, tak ada kena-mengena dengan sebarang tawar-menawar di peringkat pusat," katanya.

Dalam DUN Sabah Umno mempunyai 14 kerusi manakala Bersatu 11. Namun dengan gabungan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dalam PN, gabungan itu menguasai 17 kerusi.

Umno memang menyasarkan jawatan ketua menteri namun akhirnya kerusi tersebut dapat kepada Bersatu.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Akar umbi amno semakin pening hala tuju dan sikap tokan2 amno di peringkat pusat.

    BalasPadam
  2. Umno masih seperti dulu..x hayati pengorbanan tun letak jawatan agar ph jatuh..
    Umno sebenarnya pengkhianat rakyat..gila jawatan..gila kuasa..x sedar diri..x sabar untk sampai pru 15.
    Rakyat had suka boleh jadi benci dgn sebahagian perangai mp umno.
    Kamu umno khianat merugikan kerajaan melayu.

    BalasPadam
  3. Ummo hilang di bumi malaya bermula sedikit demi sedikit

    BalasPadam
  4. U M N O menuju zaman kesuraman disebabkan hilangnya PEMIMPIN yang berwibawa serta JATI DIRI UMNO yang sebenar gara2 punyai segelintir PEMIMPIN HIPOKRIT yang TIDAK mahu BELAJAR dari KESILAPAN selepas PRU 14...PRU 15 adalah PENENTUANNYA untuk PEMIMPIN HIPOKRIT U M N O belajar menelan JADAM untuk berubah @ TERKUBUR selama2nya..😠

    BalasPadam
  5. Ya mari kita beramai-ramai tolak ahli politik umno yg tk boleh pakai yg GILA kuasa , hipokrik

    BalasPadam