Header Ads

ads header

Flash News

MB Perak bertukar: PAS tunggu arahan pusat


PAS Perak mengakui mereka tidak menjangkakan majoriti Adun dalam DUN Perak akan mengundi menolak usul percaya ke atas Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu hari ini.

Pesuruhjayanya Razman Zakaria juga berkata mereka tidak tahu siapa yang membuat perancangan bagi menggantikan menteri besar di negeri berkenaan.

“Siapa punya perancangan nak jadi menteri besar, kita pun tak tahu.

"Jadi kita tunggu arahan daripada pucuk pimpinan, di mana kedudukan PAS dalam suasana politik di Perak ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sebelum pengundian usul percaya tersebut dibuat pagi tadi Adun Gunung Semanggol yang menjadi exco selepas Pakatan Harapan dijatuhkan itu menambah PAS menganggap langkah menukar pemimpin kerajaan hari ini adalah suatu "penderhakaan dan pengkhianatan".

Oleh itu katanya, usul yang dibawa Adun Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim memang tepat dan mesti disokong semua Adun.

Ditanya sama ada PAS berasa dikhianati Umno berikutan keputusan undi percaya yang tidak memihak kepada Ahmad Faizal, Razman berkata mereka kekal dengan pendirian menyokong kerajaan negeri sedia ada.

Pendirian itu katanya dibuat tanpa mengetahui perancangan yang sebenar di sebalik usul tersebut.

“Kita tak rasa apa. Kita buat pendirian kita, kita tak tahu apa pendirian yang dibuat oleh sahabat-sahabat (Umno) kita.

“Jadi kita (parti kerajaan) bawa, kita menyokong kerajaan yang ada. Setakat tu saja.

“Dan apa pendirian, apa perancangan ni, kita tak ambil tahu.. Sebab tu kita ambil pendirian teguh, kita mempertahankan kerajaan yang ada,” katanya.

Untuk rekod, daripada 59 kerusi DUN yang ada di Perak, PAS hanya memenangi tiga daripadanya pada 2018.

Faizal yang juga Adun Chenderiang dan Timbalan Presiden Bersatu akan berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar selepas gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya hari ini.

Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. Manakala satu undi rosak atau berkecuali.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan